PRK Chempaka: 1,020 Pegawai, Anggota Polis Bertugas Esok

KOTA BHARU – Polis Kelantan menempatkan sejumlah 1,020 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang akan berlangsung esok.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua pegawai dan anggotanya mula bertugas seawal 5.30 pagi terutama di sembilan buah lokasi pengundian yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Pengundi jangan khuatir kerana polis sentiasa ada di pusat mengundi. Jika mereka menghadapi masalah, maklum kepada polis yang bertugas,” katanya pada sidang akhbar di Markas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Sembilan lokasi pengundian itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri Chempaka.

Mazlan berkata pihaknya juga akan menempatkan lebih ramai anggota di beberapa kawasan panas yang dikenal pasti kerana dijangka perayu undi dari luar negeri ini akan turun merayu undi.

Selain itu, beliau berkata polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sejumlah 20,390 pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka esok dalam pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan [email protected], 42.

Empat calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...