Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

53,000 Pelajar IPT Mula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi...

Keputusan SPM 2016 Diumum...

PUTRAJAYA - Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada...

Kamarudin, Tony Fernandes Lepas...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd. (AAGB), Datuk Kamarudin Meranun dan...

Usia Emas Tak Halang...

KUALA LUMPUR - Walaupun langkahnya agak perlahan, berjalan sedikit bongkok dek usia emas,...

PRK Pengkalan Kubor, Kemenangan Cemerlang BN

NEW YORK – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah cemerlang dan menunjukkan rakyat menerima dasar-dasar kerajaan.

Perdana Menteri berkata BN berupaya meingkatkan majoritinya hampir 900 undi.

Ia menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan.

“Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti)� sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR,” kata Najib kepada media Malaysia di New York.

Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata: “Calon tak ada masalah, tak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri”.

Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera UMNO dan BN.


Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti.

Najib berkata beliau akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak.

Perdana Menteri berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lawatan kerja bermula 20 hingga 28 Sept. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori