Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Mahu Tangani Nelayan...

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merancang untuk melapor tindakan nelayan...

Bajet 2017: PM Mahu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kementerian dan agensi-agensi...

Facebook Mula Kemaskini Angka...

Facebook Page sememangnya merupakan salah satu medium pengikalanan dan dilihat sebagai kaedah pemasaran...

Vaksin Covid-19 Elak Simptom...

KUALA LUMPUR - Mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti...

Program ‘Buaian Gantung’ Usaha Promosikan Lubuk Yu

MARAN – Program ‘Hammock Camping Gathering’ (buaian gantung) dicadang agar dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Pahang dalam usaha mempromosi Hutan Lipur Lubuk Yu sebagai kawasan rekreasi menarik dan selamat dikunjungi pelancong.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata beliau sudah memohon kepada pihak pelancongan negeri supaya acara itu dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

“Saya melihat acara ‘Hammock Camping Gathering’ ini mempunyai potensi besar menarik lebih ramai pelancong luar negara yang berminat dengan aktiviti kembara dan lasak untuk datang ke Lubuk Yu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Hammock & Caravan Camping Gathering’ 2016 di hutan lipur berkenaan, di sini, hari ini.

Program kali kedua yang diadakan selama tiga hari bermula semalam itu, disertai 80 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Thailand, Indonesia dan Singapura.


Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, berkata acara itu juga berpotensi untuk dijadikan salah satu produk eko-pelancongan baharu di Pahang.

Bagi menjayakan hasrat itu, beliau berkata infrastruktur di hutan lipur tersebut perlu ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan pelancong sentiasa terjamin ketika melakukan sebarang aktiviti riadah di situ.

Dalam pada itu, beliau mengakui masih terdapat segelintir pihak yang masih ragu untuk mengunjungi hutan lipur tersebut berikutan kes jangkitan kencing tikus yang meragut beberapa nyawa sebelum ini, walaupun kawasan berkenaan sudah disahkan selamat dan bebas daripada sebarang wabak penyakit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori