Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

PM Najib Naiki Kereta...

TIANJIN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan...

Raja Muda Perlis Nasihat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat hanya...

Terperangkap Dalam Mesin Basuh:...

KUALA LUMPUR – Polis menahan bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun...

Kompleks Haji KLIA Mula...

SEPANG - Semua urusan berkaitan haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya akan...

Program Jelajah Politeknik Lepaskan 539 Anak Penyu

DUNGUN – Sebanyak 539 ekor anak penyu dilepaskan ke laut sempena program Jelajah Muamallah Ummah Politeknik Malaysia di Pantai Batu Pelanduk, Kampung Kuala Abang di sini malam tadi.

Pegawai Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Abdul Halim Mat Nor berkata kesemua anak penyu yang dilepaskan itu baru 24 jam dinetaskan dari lima sarang di dua lokasi iaitu Pusat Santuari Rantau Abang dan Ma’ Daerah di Kemaman.

“Pelepasan anak penyu ke laut ini adalah sempena Program Siswa Bersama Komuniti anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Kelab Rukun Tetangga dan Gerakan Belia 4B Cawangan Kuala Abang.

“Satu taklimat ringkas juga diadakan untuk memberi kefahaman dan peluang kepada orang ramai mengenai kitaran hidup penyu dan cabaran kepupusan haiwan itu yang kritikal ketika ini.

“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan penyu agar ia kekal untuk diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan itu yang turut dihadiri Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pengarah PSMZA, Mohd Pauzi Ibrahim.


Sementara itu, Din berkata program komuniti bersama pelajar Politeknik itu memberi banyak impak positif kepada masyarakat setempat terutama golongan yang disantuni iaitu keluarga miskin dan ibu tunggal agar mereka tidak berasa tersisih.

“Warga PSMZA dan Belia 4B turut meluangkan masa menziarahi 10 keluarga miskin di sekitar kampung ini untuk menyampaikan bantuan serta meningkatkan motivasi kepada anak-anak mereka untuk terus belajar agar dapat mengubah nasib keluarga.

“Sumbangan yang diberi kepada 20 ibu tunggal juga sekurang-kurangnya dapat menceriakan kehidupan mereka dan merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori