Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kes Staf TV9: Suami...

SHAH ALAM - Kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada...

Promosi & Kukuh Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mahu mempromosi dan mengukuhkan hubungan...

Pembukaan, SOP Masjid Bidang...

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membuat keputusan berkaitan prosedur operasi...

Timbalan Menteri Ditegur Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Istilah inap desa dan 'homestay' menghangatkan seketika sesi soal jawab...

Pulau Pinang Perkenal Jersi Baharu Musim 2017/2018

GEORGE TOWN – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini memperkenalkan jersi baharu pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2017 selepas menjalinkan kerjasama dengan Legea.

Kerjasama julung kali itu merangkumi tiga pasukan di bawah naungan FAP melibatkan skuad Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Super.

Diinspirasikan dengan warna bendera Pulau Pinang, pasukan berkenaan akan memakai jersi berwarna biru untuk aksi di tempat sendiri, manakala jersi putih di gelanggang lawan.

Majlis pelancaran jersi tersebut dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sambil disaksikan ratusan penyokong Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, malam ini.


Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Presiden FAP Datuk Nazir Ariff Munshi Ariff, pengurus pasukan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood.

Sementara itu, Nazir Ariff yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran jersi berkenaan, yakin FAP dan Legea iaitu sebuah syarikat pakaian sukan, dapat bekerjasama dengan baik. – BERNAMA

Kategori