Saturday, December 21, 2024

Creating liberating content

Pesara Didenda RM5,000 Sebar...

SANDAKAN - Seorang pesara Jabatan Keretapi Negeri Sabah hari ini didenda RM5,000 atau...

Polis Marin Tahan 2...

KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan dua lelaki dan...

Penyerang Kualiti, Bakat Muda...

PETALING JAYA – Penyerang yang berkaliber dan bakat muda memainkan peranan penting dalam...

Pentadbiran Kerajaan Perak Berada...

KUALA KANGSAR - Pentadbiran kerajaan negeri Perak berada di landasan yang betul berikutan...

Pulau Upeh Dibangun Semula Dengan Kos RM20 Juta

MELAKA – Bangunan resort sedia ada di Pulau Upeh di sini akan dibangunkan semula sebagai D’Upeh Wellness Resort & Spa dengan kos RM20 juta melibatkan kerjasama Chief Minister Incorporated (CMI) dan Mrails International Sdn Bhd.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, resort itu menawarkan 39 unit chalet yang dibaik pulih dengan menerapkan ciri-ciri seni bina masyarakat majmuk negara ini termasuk dari segi bumbung pagoda, kemasan dinding, ukiran, papan dan tangga.

Beliau berkata, resort itu dijangka mampu menarik kira-kira 51,000 pelancong tempatan serta luar negara setahun ke Pulau Upeh yang terkenal sebagai antara pulau pendaratan penyu karah di negeri ini.

“Pulau ini juga istimewa kerana merupakan antara lokasi spesies penyu karah mendarat yang mana pada tahun lepas sebanyak 36 penyu mendarat dan 4,515 biji telur berjaya dikutip.

“Pembangunan di kawasan itu nanti akan menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor ekonomi masyarakat setempat di samping menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis usaha sama itu di sini hari ini.

Pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Roslan Ibrahim mewakili CMI manakala Mrails International Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Umeda Sentaro.

Turut hadir Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Lim Ban Hong serta Presiden yang juga Pengarah Urusan Mrails International Sdn Bhd, Datuk Muhammad Jk Noah Abdullah.


Mengulas lanjut, Idris berkata, resort dengan keluasan 2.64 hektar serta dijangka siap 18 bulan lagi itu akan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Menurutnya, Mrails juga akan membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk membaik pulih dan mengindahkan pantai sekitar pulau tersebut. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori