Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Abang Johari Nafi DUN...

SIMANGGANG - Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengaku menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

Kereta Terbang Pertama Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kerja membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap,...

PRU15: Selangor Kekal Tidak...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Aura Tular YB Ini...

KISAH unik YB di Melaka ini pernah disiarkan Mynewshub pada 1 Mac 2016...

Pusat Transit Beri Harapan Baharu Buat Gelandangan

KUALA LUMPUR – Bagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Zali, 38, yang tidur berlantaikan simen dan beratapkan langit di tengah-tengah kota raya sejak empat tahun lepas, kini menghela nafas lega kerana mampu bermalam dengan tilam empuk di ‘syurga baharunya’.

Zali, yang mencari rezeki dengan mengutip barangan terbuang untuk dijual ke pusat kitar semula, adalah antara lebih 90 orang yang menghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang baharu dibuka sejak Rabu lepas.

Pusat itu bertempat di bangunan tiga tingkat berhampiran bulatan Jalan Pahang, mempunyai 200 katil serta mempunyai kemudahan bilik air, bilik solat dan pusat kesihatan yang dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pusat itu turut menempatkan pakaian-pakaian percuma yang disumbangkan oleh orang awam, dan badan-badan bukan kerajaan juga turut menyediakan makanan setiap hari untuk penghuni pusat itu.

Pembinaan pusat itu adalah hasil daripada lawatan mengejut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau keadaan gelandangan di ibu kota pada Julai, 2014.

Sebelum pusat ini siap, kerajaan telah mewujudkan Pusat Khidmat Sementara Gelendangan di Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail, yang hanya menyediakan kemudahan tandas dan bilik air, bilik solat serta tempat untuk pengedaran makanan percuma kepada golongan itu.

Zali, yang berasal dari Gelang Patah, Johor sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang kerani akaun tetapi akibat tersalah langkah telah menjalani hukuman penjara hampir sedekad, berkata beliau kini mampu mempunyai kehidupan lebih teratur di pusat itu.

Beliau yang kini boleh mandi, beribadat, berehat dan makan dengan lebih sempurna, dan tidak lagi tinggal di kaki lima, tidak dapat melupakan pengalaman pahitnya.

“Bayangkan ketika hujan, saya tidur dalam keadaan kesejukan dan rasa nyawa bagaikan berada di hujung tanduk kerana terdedah dengan panahan kilat mahupun petir,” katanya ketika ditemui Bernama di pusat itu hari ini.

Baginya dapat menumpang teduh di pusat itu sudah cukup memadai dan serba sedikit menjadi pemangkin semangat untuk dia meneruskan kehidupan walaupun merupakan bekas banduan.

Zali amat teruja untuk mencari pekerjaan tetap tetapi tetapi dia reda statusnya sebagai seorang bekas banduan menyukarkan usahanya untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.

Bagi bekas pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Rozy, 40, yang baharu bergelandangan di Kuala Lumpur sejak lima bulan lepas sedang mencari pekerjaan baharu di bandar raya ini, amat bersyukur dengan kewujudan pusat ini.


“Saya datang ke sini dengan tiada modal, ada RM50 sahaja, mujur ada pusat ini untuk tumpang berteduh, malah ada pakaian terpakai untuk persalinan disumbangkan orang ramai.

Saya tahu ramai yang anggap gelandangan macam kami orang yang malas dan tidak mahu berusaha, percayalah ada sebabnya, sesiapa pun tak mahu jadi begini,” katanya.

Beliau yang meninggalkan pekerjaan sebagai pemandu lori berikutan kemalangan dua tahun lepas yang meragutnya nyawa rakan sekerjanya, telah hidup terumbang-ambing selepas kejadian itu kerana trauma sehingga hilang semangat untuk meneruskan hidup.

“Lepas kemalangan saya tertekan kerana keluarga arwah (rakan sekerja) menyalahkan saya menjadi punca kematiannya, sukar untuk saya teruskan hidup di kampung,” katanya.

Akhirnya dia nekad membawa diri ke ibu kota untuk memulakan hidup baru lima bulan lepas dan akhirnya terkandas di kaki lima Jalan Chow Kit.

Menurut jurucakap pusat itu, memadangkan pusat itu baharu dibuka dan belum dirasmikan lagi, golongan gelandangan hanya perlu mendaftar di kaunter pusat berkenaan untuk tinggal di situ.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata pusat ini yang dibina dengan kos RM3 juta merupakan menjadi tempat sementara untuk gelandangan tidur, rehat, makan dan sembahyang.

Sementara itu, Pengarah Projek Kechara Soup Kitchen, Justin Cheah berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam menjayakan usaha dan objektif penubuhan pusat yang bertujuan membantu golongan itu membina kehidupan yang lebih baik.

“Setelah beroperasi Rabu lalu kami telah menghantar ramai gelandangan ke pusat itu untuk berlindung malah akan terus menjalankan aktiviti seperti pengagihan makanan di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori