Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Didakwa Rangsang...

MELAKA - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer...

Zon Larangan Merokok Akan...

KUALA LUMPUR - Peraturan larangan merokok akan diperluaskan di semua kedai makan dan...

Kakitangan Klinik Kesihatan Cedera...

KUANTAN - Dua kakitangan Klinik Kesihatan Gambang di sini, cedera apabila ambulans dinaiki...

PAN Minta PKR Jangan...

KUALA LUMPUR - "Sudah-sudahlah keluarkan kenyataan berbelit. Kita bukan sahaja mahu tumbangkan Perdana...

Raja Muda Perlis Mahu Umat Islam Elak Fikrah Militan

KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu mendalami isu Palestin tanpa dipengaruhi pemikiran dan fikrah militan dan subversif, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaliullail hari ini.

Baginda yang juga Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah langkah itu penting bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil oleh umat Islam bagi menangani isu itu tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Menurut siaran media MAIPs hari ini, baginda bertitah demikian semasa menyaksikan majlis penyerahan sumbangan zakat MAIPs untuk asnaf Ibnu Sabil yang diamanahkan penggunaannya sebanyak RM5,000 melalui pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan RM5,000 lagi melalui Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, China.

Penyerahan dilakukan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan turut disaksikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada majlis ringkas yang berlangsung di Hong Kong semalam.

Tuanku Syed Faizuddin turut mencadangkan wacana ilmu secara menyeluruh dan berterusan dilakukan dengan pemikiran terbuka tanpa emosi yang membuta tuli sehingga isu Palestin tergelincir daripada landasan realiti.

Menurut baginda, MAIPs sentiasa terbuka dalam membincangkan isu-isu umat Islam dan akan terus menjemput tokoh-tokoh di peringkat antarabangsa ke Perlis dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kefahaman umat Islam khususnya di negeri itu terhadap realiti yang dihadapi umat Islam sejagat.


Antara yang pernah diundang oleh MAIIPs termasuk Nouman Ali Khan, Dr. Sean Folley, Dr. Tariq Ramadan, Dr. Bilal Philip dan para imam di masjid-masjid terkenal termasuk Masjid Nabawi, Madinah.

Program ilmu seumpama itu mendapat kerjasama jitu institusi-institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perlis dan luar negeri itu, titah baginda.

Mengenai zakat yang disumbangkan itu, baginda bertitah ia khusus untuk asnaf Ibnu Sabil atau musafir yang terputus bekalan dengan sumbangan zakat dikeluarkan mengikut garis panduan Agihan Zakat MAIPs.

Bantuan agihan Zakat Ibnu Sabil MAIPs ini boleh dipohon melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan juga Guangzhou, China mengikut syarat-syarat yang ditetapkan MAIPs. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori