Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

1MDB: Arul Kanda Sahut...

PRESIDEN dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini manyahut cabaran...

Safiq Rahim Tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Anggota Unit Keselamatan Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di unit keselamatan, maut...

Majlis Belia Pahang Mohon...

KUANTAN - Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang yang mempunyai lebih 30,000 anggota di...

Rakyat Kelantan Hormati Keputusan Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 semalam mengejutkan rakyat negeri ini.

Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Datuk A. Aziz Deraman berkata, keputusan itu sudah pasti menimbulkan tanda tanya kerana semua sedia maklum akan keperibadian sultan yang berjiwa rakyat itu.

“Namun sebagai rakyat kita terima keputusan yang dibuat itu dengan hati terbuka kerana sudah tentu keputusan itu dibuat dengan kebijaksanaan baginda yang telah mengambil kira semua perkara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

A. Aziz menegaskan, apa yang lebih penting ketika ini adalah institusi beraja perlu sentiasa diperkukuh dan dihormati oleh semua rakyat kerana ia lambang kedaulatan negara.

Rakyat perlu tahu dan sedar akan kepentingan institusi beraja termasuk kedudukan Agong dalam tampuk pemerintahan negara, tegasnya. – BERNAMA

Kategori