KUALA LUMPUR – Lima produk tempatan iaitu Julie’s Biscuits, Ah Huat White Coffee, Hup Seng, The Manhattan Fish Market dan PappaRich dikenal pasti sebagai produk Malaysia yang paling digemari rakyat Singapura.
Syarikat penjenamaan Brand Alliance dalam satu kenyataan berkata, rakyat Singapura juga mempercayai jenama AirAsia, Royal Selangor, Resorts World, Hatten Group and SP Setia.
“Kajian ke atas lebih daripada 4,000 pengguna di seluruh negara itu (Singapura) menyelidik jenama dari China, Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Thailand,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, AirAsia mendapat undian tertinggi 77.6 peratus sebagai jenama Malaysia paling berpengaruh di Singapura.
Kata kenyataan itu, Julie’s Biscuit dan The Manhattan Fish Market pula salah satu daripada makanan terkemuka di negara tersebut. – MYNEWSHUB.CC