Friday, December 27, 2024

Creating liberating content

Indonesia Suntik Semula Kanak-Kanak...

KERAJAAN Indonesia akan memanggil semula kesemua kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah untuk...

Al-Fatihah: Raihan Suleiman Meninggal...

PETALING JAYA - Raihan Suleiman Palestin, yang bertanding bagi jawatan Ketua Wanita Umno...

TPM Berazam Selesaikan Kedaifan...

SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Bukit Chagar Lokasi Terminal...

JOHOR BAHRU - Bukit Chagar telah diputuskan sebagai lokasi terminal Sistem Transit Rapid...

Ramadan: Umbut Batang Pisang Terima Permintaan

BALING – Umbut batang pisang yang lazimnya digunakan untuk gulai kawah tulang atau daging serta dijadikan juadah berbuka puasa di daerah ini, mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan.

Seorang petani dari Kampong Banggol Wan Mat Baling, Shaari Mat, 58, berkata setiap kali bulan puasa dia akan menjadi tumpuan peniaga bazar Ramadan sekitar daerah ini serta dari luar seperti Sungai Petani dan Alor Setar, untuk membekalkan umbut batang pisang itu.

“Setiap hari saya perlu memastikan sekurang-kurangnya 80 kilogram umbut batang pisang disediakan untuk peniaga yang memesannya.

“Sejak 9 pagi saya akan memasuki kebun untuk menebang pokok pisang yang perlu dibuang dan diambil umbutnya bagi memastikan setiap peniaga mendapat bekalan umbut batang pisang sabelum sebelas pagi,” katanya yang mengusahakan kebun pisang miliknya seluas hampir setengah hektar itu.

Umbut batang pisang yang sentiasa mendapat permintaan adalah jenis pisang batu, pisang hutan, pisang awak dan pisang emas dan beliau hanya mengenakan harga RM1.80 bagi setiap kilogram umbut berkenaan.


“Bagaimanapun umbut batang pisang tidak boleh disimpan lama kerana mudah rosak,” katanya.

Selain dijadikan menu istimewa pada bulan puasa, gulai kawah umbut batang pisang juga sering dihidangkan untuk kenduri perkahwinan di daerah ini dan Sik. – BERNAMA

Kategori