Rasuah: Bekas Pengarah Syarikat Dipenjara, Denda

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat kawalan keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi pertuduhan cuba menerima rasuah kononnya bagi menyelesaikan kes pemerdagangan manusia yang dihadapi kenalannya bergelar Datuk.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Noorasyikin A. Latiff, 40, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding perbicaraannya sebelum ini yang bermula pada Februari tahun ini dengan tujuh saksi pihak pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan.

Hari ini ditetapkan untuk jatuh hukum kes tersebut.

Azura memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkan wanita itu dipenjara selama tiga tahun jika gagal membayar denda.

Noorasyikin, didakwa telah secara rasuah cuba untuk menerima bagi dirinya, satu suapan iaitu wang tunai RM10,000 daripada Nur Aisyah Roling, melalui Mohd Rozaini Radzi, sebagai dorongan untuknya membantu menyelesaikan kes suami Nur Aisyah, iaitu Datuk Baharuddin Hamzah.

Baharuddin yang merupakan seorang jutawan didakwa atas lapan pertuduhan memperdagangkan lapan individu warga Indonesia untuk dijadikan pekerja restoran di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 8 Dis 2016.

Noorasyikin melakukan perbuatan itu di perkarangan Restoran Victoria Station, Jalan Ampang, di sini, pada 3.30 petang, 15 Dis 2016.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Ketika rayuan, peguam Munawar Kabir Zainal Abidin yang mewakili Noorasyikin memberitahu mahkamah anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana berada dalam gangguan emosi dan tertekan akibat menghidap kanser payu dara.

“Tertuduh adalah pesalah kali pertama, tidak pernah mempunyai rekod jenayah, pohon hukuman ringan dikenakan,” katanya menambah tertuduh juga perlu mendapatkan rawatan berkala terhadap penyakitnya itu.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Asnawi Abu Hanipah memohon mahkamah mengambil kira beberapa faktor sebelum menjatuhkan hukuman termasuk mahkamah telah menghabiskan masa setahun empat bulan bagi menjalankan kes tersebut dan perbezaan antara pengakuan salah ketika kali pertama tertuduh didakwa dan selepas tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Mengikut fakta kes, pada 30 Okt 2016, tertuduh telah berjumpa dengan Nur Aisyah di perkarangan Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya dan memberitahu bahawa jika wanita itu mahu kes terhadap suaminya diselesaikan, Nur Aisyah perlu membuat sejumlah bayaran.

Pada 15 Dis tahun sama, Nur Aisyah telah menyediakan wang yang diminta yang dimasukkan ke dalam sebuah bungkusan dokumen dan telah mengupah seorang lelaki iaitu Mohd Rozaini untuk mengambil dokumen itu dengan upah RM200. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...