Saturday, January 11, 2025

Creating liberating content

Isu Vaksin: Abu Syafiq...

Pendakwah Bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq...

Seramai 64 Ditahan Di...

GEORGE TOWN - Seramai 64 penjenayah termasuk tujuh pemilik pusat judi di Pulau...

PFAM Sampai Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan...

Larangan Doa: Beberapa Lagi...

KUALA LUMPUR - Beberapa lagi individu akan dipanggil berhubung siasatan kes tindakan pengurusan...

REDtone Lantik Tunku Tun Aminah Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR – REDtone International Bhd melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail yang juga puteri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebagai pengerusi baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, REDtone yang juga anak syarikat Berjaya Corp Bhd, berkata Tunku Tun Aminah, 30, menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al Habshee yang melepaskan jawatan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab lain.

Tunku Tun Aminah juga adalah Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd.

“Kami yakin pelantikan Tunku Tun Aminah itu menepati perjalanan syarikat ini untuk terus maju dan berkembang di negara ini,” kata REDtone yang juga syarikat penyedia telekomunikasi bersepadu dan penyelesaian infrastruktur digital itu.


Tunku Tun Aminah merupakan Pengarah dalam beberapa syarikat lain termasuk REDtone Network Sdn Bhd, Jauhari Maksima Sdn Bhd, Ikatan Jauhari Sdn Bhd, Ibzi Holding Sdn Bhd dan Iskandar Carrier Sdn Bhd.

Sultan Ibrahim Ismail adalah pemegang saham terbesar dalam REDtone. – BERNAMA

Kategori