Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

TLDM Tawar Program MBA...

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini menyediakan peluang bagi pengajian...

Sofi Jikan Muhasabah Diri...

PELAKON popular, Sofi Jikan memilih untuk bermuhasabah diri selepas terpalit dengan beberapa kontroversi...

Koleksi Kereta Harian Milik...

KESEMUA kereta di bawah ini digunakan sebagai pengangkutan harian beberapa jutawan dan billionair terkenal...

Wilayah Persekutuan: Putrajaya, KL,...

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan kekal unggul menerajui kecemerlangan tanpa tercalar atau terpalit...

Rela Nafi Anugerah Pangkat Kehormat ‘Datuk Seri’

PUTRAJAYA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini menafikan akan menganugerahkan pangkat kehormat Rela kepada ahli perniagaan Datuk Seri Liow Soon Hee yang memukul tiga anggota Rela pada Oktober tahun lalu.

Rela dalam satu kenyataan berkata ia memandang serius dakwaan lelaki berkenaan dalam video berdurasi kira-kira empat minit yang tular di media sosial kononnya beliau akan dianugerahkan pangkat kehormat Rela oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam video tersebut, Datuk Seri itu mendakwa adik Timbalan Perdana Menteri meminta abangnya untuk memberi beliau pangkat untuk mengetuai Rela.

Lelaki itu ditahan polis pada 31 Okt tahun lepas kerana didakwa memukul tiga anggota Rela yang sedang bertugas di sebuah tokong dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 3 Nov tahun lepas, Liow mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan ke atas tiga anggota Rela yang sedang bertugas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RELA

Kategori