Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Bekas Menteri Kewangan Qatar...

DUBAI: Qatar hari ini memaklumkan bekas menteri kewangan negara itu akan berdepan pertuduhan...

Cuaca Buruk Di Kuala...

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku...

Sikap Pegawai Maybank Tanah...

PADA minggu lepas, saya telah mengambil borang untuk staf saya bagi membuka akaun...

Keliru Tali Pusat, Pelajar...

DALAM satu kejadian yang berlaku di Saltillo, Mexico seorang pelajar perubatan hampir 'memenggal'...

Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam!

Apabila cuaca mendung begini, ingatan penulis merewang ke zaman kanak-kanak ketika ibu rajin menyediakan gorengan untuk dibuat kudap-kudap petang.

Antara yang menjadi ‘feveret’ sudah tentulah jemput pisang atau cekodok. Resipinya mudah dan paling penting, kosnya murah dan kena sangat dengan status kewangan kami sekeluarga ketika itu. Setiap kali membuat cekodok, penulis pasti diberi ‘assignment’ melecekkan adunan pisang dan gula oleh ibu.

Hidangan ringkas tetapi penuh kasih sayang ini mempunyai ‘sentimental value’ yang begitu tinggi bukan sahaja pada penulis, tetapi pasti juga begitu dekat di hati rata-rata rakyat Malaysia.

Istimewanya resepi ini adalah Planta atau mentega sebagai bahan penambahbaik dalam adunan bater, yang berfungsi untuk membantu merangupkan cekodok anda.

Bahan-bahan

4-5 biji pisang

1/2 cawan tepung gandum

2 sudu Planta atau mentega

3-4 sudu gula pasir

secubit garam


*masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)

Cara-cara

1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.

2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.

3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘o! Terangkat beb!-mynewshub.cc

Oleh Sara Khalid

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori