Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MIC Ziarah Bomba Kritikal...

TEGAS... MIC kutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas perusuh biadab serang pasukan bomba ketika mereka...

Gerakan Merah Buat Laporan...

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) meminta polis mengambil...

Pembukaan Semula Sekolah Ditangguh...

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 3 Jan...

Aksi Farid & Nora...

BARU-baru ini pelakon Farid Kamil ada berkongsi gambar salah satu adegan filem terbaharu...

Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

PELANGGAN Resorts World Manila, Filipina berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjata, awal pagi tadi.

CNN Filipina melaporkan seorang lelaki bersenjata menyerang bilik judi di resort tersebut sebelum berjaya melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).

Orang ramai dilaporkan bertempiaran lari dari resort yang terletak berhadapan dengan jalan utama menuju ke lapangan terbang antarabangsa Filipina selepas suspek melepaskan tembakan rambang.

Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa berkata, lelaki terbabit dipercayai menggunakan rifel MR namun tiada sesiapa yang terkena tembakan tersebut.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai bertindak sendirian dengan masuk ke dalam salah satu bilik judi sebelum melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen.

Suspek kemudiannya menuang minyak ke atas meja judi sebelum menyalakan api dan membakar bilik stor yang mengandungi cip judi serta membawa lari beg galas cip bernilai 1 juta peso (RM86,195)

Jelasnya, suspek berjaya dikesan kira-kira jam 4.30 pagi (waktu tempatan) iaitu kira-kira empat jam kejadian tersebut dilaporkan.


“Lelaki itu sudah mati. Lelaki itu berjaya dibunuh pasukan kita,” katanya.

Setakat ini, Dela Rosa menolak pembabitkan pengganas dalam serangan itu dan tiada laporan mengenai tebusan diterima.

Resort World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Resorts World Manila Stephen Reilly berkata, kira-kira 30 orang cedera selepas cuba melarikan diri daripada rempuhan dan asap.

Resorts World Manila adalah cabang Resorts World Genting, Malaysia dan Resorts World Sentosa, Singapura. – MYNEWSHUB.CC

Kategori