Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Minuman Starbucks Disahkan Halal,...

PETALING JAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman Starbucks...

China Atasi Eropah Dalam...

WALAUPUN mempunyai nama-nama terkemuka dalam pembuatan kereta, Eropah semakin ketinggalan dengan China dalam...

Perlawan Tamat Awal Gara-Gara...

PERNAMPILAN pertama Cristiano Ronaldo bersama Juventus terpaksa ditamatkan lebih awal pada aksi perlawanan...

APMM Tahan 6 Nelayan...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan satu bot nelayan Indonesia...

Sabah Meterai Perjanjian Ternakan Babi Canggih

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah hari ini menandatangani perjanjian penyewaan tanah seluas 80 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA), di Tongod, kepada Tongod Farms Sdn Bhd (TFSB), bagi usaha penternakan babi secara moden di kawasan berkenaan.

Pada majlis menandatangani perjanjian sewaan tanah selama 50 tahun itu, Kerajaan Negeri Sabah diwakili Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ahmad Ag Hashim sementara TFSB diwakili Pengarah Eksekutifnya, Vincent Tan.

Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

Melalui perjanjian itu, TFSB akan menjadi penternak utama di PFA yang keluasan sebenarnya adalah 200 hektar. Baki 120 hektar PFA akan diperuntukan kepada 51 ladang ternakan babi yang berada di seluruh Sabah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, projek pembangunan PFA dirancang sejak 2004 dengan peruntukan asal sebanyak RM500 juta, bertujuan mengawal pembangunan ternakan babi supaya pelbagai isu berkaitannya dapat diatasi.

“Antara isu utamanya adalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran sungai akibat kumbahan ladang ternakan yang berhampiran sungai, masalah bau kepada penduduk yang tinggal berhampiran ladang serta isu sensitiviti masyarakat.

“Namun pelan pembangunan disediakan tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana kekurangan peruntukan. Kerajaan akan menyusun semula sistem penternakan babi di Sabah dan akan menguatkuasakan Peraturan Control of Livestock Activity Rules (Pig) 2008 yang selama ini tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada pilihan ditawarkan kepada pengusaha ternakan berkenaan.

“Ini bermakna, semua ladang ternakan babi di negeri ini, yang tidak memenuhi keperluan peraturan itu, khususnya isu berkaitan pencemaran alam sekitar akan dipindahkan ke PFA secara berperingkat atau akan ditutup,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata, buat permulaan, syarikatnya akan melabur sebanyak RM100 juta untuk membina infrastruktur dan kemudahan berteknologi tinggi bagi tujuan penternakan babi berkenaan.


Katanya, melalui teknologi moden itu, bahan kumbahan ternakan boleh diuruskan agar tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran udara dan bau.

“Biogas yang diperoleh (tapped) daripada pengurusan kumbahan itu pula akan membantu menjana elektrik. Dengan penggunaan biogas, tiada pencemaran udara dan air akan berlaku,” katanya.

Tan berkata, operasi ternakannya di PFA akan dimulakan dalam tempoh dua tahun akan datang selepas semua infrastruktur asas ternakan berkenaan secara moden siap dibina.

Katanya, buat permulaan, sebanyak 1,200 induk babi akan diternak untuk dibiak dan yakin selepas empat tahun jumlah itu akan meningkat kepada 60,000 ekor.

Sementara itu, Pengurus Besar TFSB, Dr Wasu Kasimani, berkata baka untuk ternakan babi di PFA akan dibawa dari luar negara.

“Kita akan bawa masuk bibit (baka) dari luar negara dan mungkin dari Denmark kerana bibitnya (bakanya) sudah terkenal di seluruh dunia dari segi produksi dan kadar pertumbuhan,” katanya. -BERNAMA

Kategori