Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kegilaan `Cabaran Garam Dan...

HATI-HATI ibu bapa. Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana...

JKM Cari Ibu Kandung...

Kuala Lumpur : Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung...

Pengulas Ini Kesal Azan...

SETAHUN lalu, dunia Islam gempar apabila sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup...

Ahli UMNO Diingatkan Tak...

Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada...

Saksi Kemalangan Lori Hantu Diminta Tampil Beri Maklumat – Polis

KUALA LUMPUR – Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori hantu di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang, sehingga mengorbankan dua pelajar sekolah itu kelmarin tampil memberikan maklumat.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi yang ditemukan di lokasi namun masih memerlukan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

Khamis lepas, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.

Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.


Sementara itu, pemandu lori warga Indonesia yang terlibat telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori