Thursday, September 12, 2024

Creating liberating content

5 Maut, Seorang Parah...

SONGKHLA - Lima pemotong rumput maut dan seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah...

1MDB Bayar Balik Pinjaman...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran penuh pinjaman berjumlah...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Gelagat Lucu Amran Fans,...

Hanis Zalikha yang mesra dipanggil Keknis dalam kalangan peminatnya tak dapat dinafikan memiliki wajah...

Sarjan Polis Didakwa Terima Rasuah RM800

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM800 daripada orang awam, dua tahun lepas.

Tertuduh, Bahir Yaacob, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, membuat pengakuan itu hadapan Hakim S. Indera Nehru selepas petuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Bahir didakwa bersetuju menerima wang tunai itu tanpa balasan daripada Lee Boon Chuan, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa menerima wang suapan tersebut di IPD Kerian di Bagan Serai pada pukul 5 pagi, 19 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.

Mahkamah membenarkan Bahir diikat jamin RM12,000 dan menetapkan 17 April ini bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori