Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

DAP Tewas, Adun Bangi...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi dari PAS, Mohd Shafie...

Trafik KL Keluar 327...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 327 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan pemandu...

UMNO Bahagian Tambun Hormati...

IPOH - UMNO Bahagian Tambun menghormati keputusan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak...

Video: Lelaki IS Muat...

PERANCIS - Lelaki yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kejam keatas seorang anggota polis dan pasangannya...

Sasterawan Negara, Abdullah Hussain Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi.

Berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak berusia 32 hingga 47 tahun.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah, 47, berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebelum solat Zuhur, hari ini.

“Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya ketika dihubungi.

Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996.


Penulis kelahiran Yan itu menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.

Anugerah lain diterimanya ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand pada tahun 1981 dan hadiah pertama Sayembara Novel Nasional – mengenang Pak Sako.

Interlok adalah novelnya yang paling popular. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori