Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hantar Wakil Ke Sesi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan membantu pemain profesional Zulfadli...

Azhan Fokus Jaga Ibu,...

PELAKON Azhan Rani, 40, memberitahu tidak pernah berasa tertekan untuk menamatkan zaman bujangnya...

PABM: Peserta Amerika, UK...

BANGI - Peserta Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia terpilih di...

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - DAP menang di Pulau Pinang dan dapat membentuk kerajaan negeri...

Saya Tak Kisah Main Posisi Mana, Janji Melaka Menang

MELAKA – “Saya tidak kisah bermain dalam posisi mana sekalipun asalkan dapat membantu pasukan Melaka United menang pada aksi Liga Super,” kata penyerangnya, Mohd Amri Yahyah.

Penyerang berpengalaman itu berkata apa yang lebih menjadi keutamaan baginya adalah untuk membantu pasukan Melaka United mencipta kemenangan pertama dan bukannya berebut posisi permainan dengan mana-mana pemain.

“Saya hanya akan ikut apa yang diarahkan oleh jurulatih, Eric Williams dan bersedia untuk diletakkan di mana-mana sahaja,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum memulakan latihan di Stadium Hang Tuah, dekat sini hari ini.

Mohd Amri, 36, berkata apa yang paling penting adalah pasukan Melaka United perlu menang pada perlawanan menentang pasukan Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.

“Kita dah tidak boleh tunggu ataupun berlengah-lengah lagi. Kita juga tidak boleh buang mata lagi dan perlu segera membaiki kedudukan pasukan di carta liga,”katanya.

Pemain kidal itu berkata beliau harap rakan-rakan lain akan dapat membantu beliau pada perlawanan yang akan bagi memburu kemenangan pada perlawan berikutnya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United, Eric Williams berkata jadual perlawanan yang padat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan apabila ada pemain yang mengalami kecederaan.

“Bagi menghadapi tekanan itu kita harus pastikan bahawa fizikal setiap pemain berada dalam keadaan baik dan bebas daripada kecederaan dan mengikuti lebih banyak latihan pemulihan agar mereka sentiasa cergas di padang,” katanya.


Beliau berkata disebabkan beberapa pemain pasukan mengalami kecederaan, pasukan terpaksa menunda sehari penerbangan ke Sarawak esok yang sepatutnya dijadualkan hari ini.

“Beberapa orang pemain yang cedera tidak akan turun bermain pada Sabtu ini kerana ingin pastikan mereka benar-benar pulih untuk beraksi untuk perlawanan yang akan datang,” katanya.

Williams berkata semua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan beliau tidak memandang mudah kepada pasukan Sarawak apabila bertemu mereka di Kuching, Sabtu ini.

Melaka United diramal menghadapi saingan getir pada aksi menentang Kelantan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu pada 21 Feb nanti.

Pasukan bimbingan jurulatih, Eric Williams itu kini meduduki tangga kedua tercorot carta Liga Super dengan hanya mengumpul satu mata selepas mengharungi tiga perlawanan. – BERNAMA

Kategori