Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Laluan Alternatif Dibina Ganti...

KUALA LIPIS - Pemasangan titi terapung dan jambatan pasang siap secara sementara akan...

Kes Pelajar Dihalau Pakai...

HEBOH terutama di portal-portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar...

Ramai Terkejut Bila Pelakon...

PERTANDINGAN Kilauan Emas musim kelima sudah pun mula ditayangkan setiap hari Rabu di...

Kanak-Kanak Empat Tahun Masih...

Kota Bharu : Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang sebelum ini kritikal akibat...

Ketua Pengganas India, Jagtar Singh Intai Masuk Malaysia?

Kota Bharu – Dia antara dalang pengeboman kereta berani mati yang mengorbankan seorang bekas Ketua Menteri Punjab di India, Beant Sigh pada 31 Ogos 1995 sebelum diburu dan ditangkap bersama dua rakannya.

Bagaimanapun, Jagtar Singh Tara yang juga pemimpin kumpulan pengganas Sikh di India, Khalistan Tiger Force (KTF) sekali lagi membuat kejutan apabila melarikan diri daripada Penjara Burail di Chandigarh, India pada 21 Januari 2004.

Walaupun penjara berkenaan memiliki tahap kawalan keselamatan maksimum, dia bersama dua rakannya itu dan seorang lagi banduan meloloskan diri dengan menggali terowong bawah tanah sejauh 27 meter sebelum memanjat tembok penjara.

Selepas beberapa tahun menjadi buruan, namanya muncul kembali apabila akhbar arus perdana dan laman web di Thailand melaporkan lelaki itu berada di selatan negara berkenaan dan lebih mengejutkan, dia didakwa mahu menyusup masuk ke negara ini menggunakan laluan sempadan di Sungai Golok sebelum melarikan diri ke Pakistan.

Pegawai Kanan Imigresen Sakda Chuenpakdee dipetik berkata, Jagtar memasuki Thailand menggunakan visa pelancong. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori