Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Polis Perak Perlu Berhati-Hati...

BAGAN SERAI – Polis Perak perlu sentiasa berhati-hati dalam pemilikan harta bagi elak...

Zon Merah, Kes Positif...

KUALA LUMPUR - Kawasan Zon Merah Covid-19 sudah meningkat kepada 18 kawasan selepas...

Peguam Jho Low Ugut...

LONDON - Peguam kepada ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, 36, menghantar surat ugutan...

Wanita Ditemukan Mati Tersepit...

IPOH - Seorang wanita ditemukan mati di dalam tandas di kediamannya di Flat...

Semua Negeri Perlu Larang Penggunaan Polisterin – NGO

KUALA LUMPUR – Semua negeri bukan sekadar Johor dan Perak perlu melarang penggunaan bahan polisterin, kata Pengerusi NGO Kumpulan Alam Sekitar Malaysia (MENGO), Yasmin Rasyid.

Beliau berkata langkah itu akan memastikan keberkesanan sepenuhnya dalam menghindari penggunaan polisterin terutama sebagai bekas makanan yang bahan itu merupakan pencemar kepada alam sekitar.

Larangan di Perak termasuk penggunaan plastik akan berkuat kuasa pada Jun tahun depan sementara Johor dijangka mengumumkan tarikh pelaksanaannya pada penghujung tahun ini.

Dalam kaitan dengan isu yang sama, Perlis pernah dilapor melarang penggunaan kertas bercetak seperti surat khabar untuk membungkus makanan.

Malah Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menjadi organisasi dan universiti awam pertama untuk tidak menggunakan bahan polisterin termasuk sebagai bekas makanan dalam kalangan warga kampusnya.

Namun kurang diuar-uarkan mengenai kejayaan langkah USM itu sejak sekian lama.

“Semakin cepat larangan dikuat kuasa, semakin cepat kesan kepada alam sekitar dapat dihindarkan. Namun larangannya jangan hanya sekadar cakap kosong, Kita mahu lihat bukti berkesan pelaksanaannya,” kata Yasmin.


Beliau berkata sikap masyarakat untuk menerima larangan tersebut perlu turut ditekan dan disemai.

“Manusia sukar berubah dalam masa singkat untuk menerima perkara baharu. Ia perlu disusuli dengan langkah-langkah penerangan dan mendidik,” tambahnya.

Dari sudut lain, Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM), Gurmit Singh berkata pihak berkaitan misalnya penjual makanan dan pemilik restoran jangan mengambil kesempatan mengenakan harga lebih tinggi dengan penggantian bekas makanan jenis lain.

“Bahan lain bukan mahal sangat. Malah boleh digalakkan penggunaan bekas makanan sendiri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori