Seorang Daripada 4 Rakyat Kedah Menghidap Diabetes

ALOR SETAR – Seorang daripada empat rakyat di Kedah disahkan menghidap diabetes yang kadarnya lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata berdasarkan kajian ‘Survei Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2011’, sebanyak 22.5 peratus rakyat Kedah daripada anggaran 256,000 orang menghidap diabetes pada tahun 2011.

“Kajian ini meletakkan Kedah di tempat kedua menghidap diabetes dengan 22.5 peratus manakala Perlis mencatatkan peratusan tertinggi 24.8 peratus dan Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 22 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Beliau merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015 peringakat negeri. Diabetes dan hipertensi merupakan penyebab kepada kegagalan fungsi buah pinggang, katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Norhizan berkata daripada 19 jemaah umrah yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kerana disyaki menghidap ‘Influenza Like Illness’ (ILI) empat hari lepas, hanya tinggal seorang jemaah yang masih dirawat.

“Jemaah itu masih dirawat di wad isolasi kerana mengalami demam tetapi berada dalam keadaan stabil dan sekiranya jemaah itu sudah sihat beliau akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.


Pada 23 Mac lalu, 13 jemaah umrah yang berasal dari Kuala Nerang dimasukkan ke wad isolasi HSB kerana disyaki menghidap ILI selepas pulang menunaikan umrah Ahad lepas.

– BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...