Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Pengundi Di Semenanjung Semak...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pemilih di Semenanjung Malaysia untuk menyemak...

Ini Cara Betul Makan...

Adakah anda penggemar sushi? Sedarkah anda bahawa adanya beberapa ‘peraturan’ yang perlu diikuti...

PH Sibuk Siapa Mahu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan kepada kepemimpinan tiga sayap UMNO...

Van Terbabas, 2 Pelancong...

LAHAD DATU - Dua pelancong warga emas yang juga sepasang suami isteri cedera...

SJKT Taman Keladi Dijangka Siap Menjelang 2019

SUNGAI PETANI – Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi di sini yang bermula 6 Mac lalu dijangka siap menjelang 2019.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembinaan SJKT ke-528 di negara itu menelan kos RM18.2 juta dan dilengkapi 18 bilik darjah berserta kemudahan lain, antaranya makmal komputer, perpustakaan dan bilik buku teks.

“Sekolah ini dijangka berupaya menempatkan lebih 500 murid yang tinggal di kawasan berhampiran,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Konvensyen Young Academician Leadership (Yale) 2017 di Universiti Aimst dekat sini, malam tadi.

Pada 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan enam buah SJKT iaitu SJKT Taman Keladi, Sungai Petani; SJKT Heewood, Sungai Siput; SJKT Taman Sentosa Klang; SJKT PJS1 Petaling Jaya; SJKT Bandar Mahkota, Cheras; dan SJKT Bandar Sri Alam, Masai, Johor.


Konvensyen Yale 2017 anjuran bersama Universiti Aimst, Pergerakan Putera MIC dan Kementerian Pendidikan itu disertai kira-kira 350 mahasiswa dan sukarelawan dari institusi pengajian tinggi tempatan yang bertujuan membentuk sifat kepimpinan serta kewibawaan dalam kalangan mahasiswa. – BERNAMA

Kategori