Sunday, December 29, 2024

Creating liberating content

Kerana Skirt Pendek, 2...

Sebelum ini, ada pihak tidak berpuas hati setelah seorang wanita diarahkan untuk menyarungkan...

MyBrain15: Lebih 54,000 Penuntut...

KUALA LUMPUR - Setakat 30 September lepas, kerajaan menerusi Program MyBrain15 menaja 54,035...

RMK11 Fokus Tingkatkan Pendapatan...

REMBAU - Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) memfokuskan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat bagi...

Kecoh Lagi Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR - Pemilihan PKR cabang Lembah Pantai kecoh dipercayai akibat perebutan pengundi...

SJKT Taman Sentosa Pemangkin Perubahan Rakyat

KLANG – Sebut sahaja Taman Sentosa, perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan penduduk khususnya di Lembah Klang ialah kegiatan gengsterisme.

Namun, kepesatan pembangunan di kawasan sekitar Taman Sentosa dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lalu menukar wajah kawasan ini yang pada suatu masa dahulu merupakan ladang kelapa sawit, menjadi kawasan pangsapuri.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa (dahulu dikenali Kota Alam Shah), Datuk Subramaniam T. Retnam, 64, tanggapan masyarakat terhadap Taman Sentosa berubah secara beransur-ansur apabila perbandaran moden dibangunkan di kawasan sekitar seperti Bandar Botanic, Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sentosa Perdana.

“Suasana di Taman Sentosa mula berubah sejak tahun-tahun kebelakangan ini apabila kerajaan yang diterajui BN mula menjalankan projek khususnya untuk meningkatkan standard pendidikan kaum India di kawasan berkenaan.

“Malah, penduduk Taman Sentosa baru sahaja menyaksikan pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Sentosa dan projek ini tepat pada masanya dalam memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan komuniti India,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk, R. Thiagarajan, 41, yang menghantar anak-anaknya ke sekolah baharu berkenaan, berkata kemudahan moden yang disediakan di sekolah tersebut menyamai sebuah kolej.

“Sebelum ini kedua-dua anak perempuan saya, Yaaliniie, 10, dan Yahseni, 7, bersekolah di Sekolah Tamil Simpang Lama di Sri Andalas dan saya memutuskan untuk memindahkan mereka ke sekolah baharu ini kerana lebih dekat dengan kediaman kami di Taman Sentosa.

“Sekarang mereka boleh datang ke sekolah di kawasan kejiranan sendiri dalam persekitaran yang lebih kondusif,” katanya.

Seorang lagi bapa, R. Murugan, 43, yang turut menghantar anak lelakinya Siddarth, 11 ke sekolah itu berkata kemudahan baharu yang disediakan mendorongnya menghantar anaknya ke sekolah berkenaan yang membuat pengambilan pertama seramai 160 murid pada 23 April lalu.

“Sebelum ini anak saya bersekolah di SJKT Ladang Highlands di Bandar Bukit Tinggi dan kami memutuskan memindahkan dia ke sini kerana ia sekolah baharu dengan kemudahan yang bagus,” katanya.


Sekolah itu yang dirasmikan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bulan lepas mampu menampung 800 murid dan dilengkapi kemudahan moden seperti amfiteater, bilik staf dan gelanggang badminton terbuka.

Sekolah Tamil ke-525 itu mempunyai empat bangunan empat tingkat dengan 22 bilik darjah.

Dr. Subramaniam berkata perasmian sekolah bernilai RM22.8 juta itu merupakan komitmen BN ke arah memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan kaum India.

Seorang pengundi DUN Sentosa, Partiben Madurai Veeran, 29, berkata sekolah baharu itu mempunyai fasiliti yang tidak dimiliki sekolah Tamil lain iaitu makmal sains dan kimia.

“Berikutan pembukaan sekolah baharu ini, lebih ramai ibu bapa di Taman Sentosa memilih menghantar anak mereka ke sekolah itu dan tidak perlu lagi mencari sekolah di kawasan berhampiran,” katanya.

DUN Sentosa yang terletak di bawah Parlimen Kota Raja menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Subramaniam, Gunarajah R. George (PKR), Rajan Manikesavan (PAS-DHPP), Telai Amblam Mariappan (PRM) dan calon Bebas Sundarajoo Periasamy.

Pada PRU lalu, calon PKR V. Ganabatirau memenangi kerusi itu dengan majoriti 13,369 undi. – BERNAMA

Kategori