Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Ustaz Don Sangkal Dakwaan...

PENCERAMAH terkenal, Ustaz Don Daniyal mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu mengatakan konon...

Shell Malaysia Lahirkan Keyakinan...

KUALA LUMPUR - Shell Malaysia melahirkan keyakinan berterusan pada Malaysia sebagai pasaran penting...

KL Bandar Raya Ke-9...

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling...

Iklim & Ekologi Di...

KANGAR – Apakah yang menjadikan Harumanis yang dihasilkan di Perlis begitu berbeza berbanding...

SKM Lancar Pelan Tindakan Koperasi 2 Sektor Tahun Depan

KUANTAN – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan melancarkan pelan tindakan panduan koperasi bagi dua sektor iaitu peruncitan serta pemborongan dan perniagaan industri asas tani, pada suku pertama tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Lamein Sawiyo, berkata pelan itu kini dalam peringkat terakhir penyediannya dan dijangka siap selewat-lewatnya Mac depan.

“Setakat ini, pelan tindakan peruncitan dan pemborongan sudah siap 90 peratus manakala industri asas tani pula siap 70 peratus.

“Kita menjangkakan pelan sektor pemborongan dan peruncitan dilancarkan awal tahun depan manakala sektor pertanian dan industri asas tani pada Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara sembilan koperasi Pahang dengan syarikat telekomunikasi RedOne di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah SKM Pahang, Mohamad Zawawi Mahmud dan Ketua RedOne Wilayah Selatan, Steven Yong.

Menerusi MoU itu, sembilan koperasi itu menjadi rakan kongsi RedOne bagi menjual perkhidmatan termasuk kad pascabayar dan pelan internet.


Mengulas lanjut, Lamien berkata, pelan tindakan dua sektor itu disediakan hasil kerjasama 30 koperasi yang berjaya dalam bidang masing-masing.

“Semua kehendak koperasi dan ahli turut diambil kira bagi membolehkan mereka mampu meningkatkan pendapatan secara berterusan,” katanya.

Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi agensi lain untuk memajukan lagi sektor koperasi yang penting dalam kegiatan ekonomi negara, katanya.

Menurut Lamien, ada lebih 12,500 buah koperasi berdaftar di seluruh negara dengan seramai 7.5 juta anggota dijangka menyumbang untuk pembangunan negara.

Malah, bagi sasaran tahun 2020, sektor koperasi dijangka menyumbang RM50 bilion bagi kegiatan ekonomi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori