Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuil Buddha Sedia Juadah...

SEJAK enam tujuh tahun lalu, sebuah kuil Buddha menjadikan aktiviti menyediakan juadah untuk...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Penasihat Presiden Filipina mengenai Proses Damai Jesus G.Dureza dan delegasinya hari...

Tasik Titiwangsa Ditutup Dari...

KUALA LUMPUR - Keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa di sini akan ditutup kepada orang...

Mesej Kaitkan TMJ Disiasat...

KOTA TINGGI – Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

SKMM Sekat Laman Sesawang Sebar Maklumat Bersih 4

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat mana-mana laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih 4.

Ini kerana, perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, menurut SKMM dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut SKMM lagi langkah menyekat laman sesawang itu juga lanjutan daripada kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung Bersih 4 baru-baru ini.

KDN menyatakan perhimpunan Bersih 4 didapati bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat pelbagai kaum, agama dan keturunan di negara ini.

“Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan,” menurut SKMM.

SKMM menjelaskan pelbagai kegiatan Bersih 4 juga memberi kesan buruk kepada imej negara.


“Bahkan, Bersih 4 boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi serta kedaulatan negara selain menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media sosial terutama kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang.

Suruhanjaya itu juga meminta orang ramai membuat aduan kepadanya jika mempunyai maklumat mengenai laman sesawang dan media sosial yang menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori