Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dibunuh Ditemui...

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Bangladesh ditemui dengan beberapa kesan...

Semua Sampel Epal Akan...

KUANTAN - Kementerian Kesihatan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu untuk...

Bekas Perogol Bersiri Diharam...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah telah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia,...

Lim Guan Eng Hina...

KAJANG - Lim Guan Eng perlu segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau...

Skuad Sepak Takraw Wanita Hidupkan Peluang

PALEMBANG – Skuad sepak takraw wanita negara menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir acara quadrant pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Jepun hari ini.

Pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, anak buah Mohd Fikri Mohd Nor itu bangkit daripada ketinggalan 7-14 pada set pertama untuk menang 21-18.

Pada set kedua, skuad negara yang dibarisi Emilia Eva Natasha Saudia, Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Rahilah Harun dan Nor Farhana Ismail mempamerkan aksi penuh yakin dan bertenaga menewaskan barisan pemain Jepun 21-17.

Mohd Fikri berkata pujian harus diberikan kepada barisan pemain Malaysia yang tidak berputus asa mengejar mata dan menumpaskan Jepun pada set pertama.

“Walaupun pada set pertama Jepun jauh mendahului kita, semangat juang tinggi yang ditampilkan pemain berjaya memenangi perlawanan tersebut.

“Perlawanan menentang Vietnam esok merupakan perlawanan hidup mati. Kita akan berikan yang terbaik untuk mara ke separuh akhir dan sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.


Kemenangan ke atas Jepun itu menyaksikan Malaysia mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan, selepas mengatasi India 2-0 pada perlawanan di sebelah pagi, manakala tunduk kepada Thailand 0-2 pada aksi berlangsung semalam.

Aksi bertemu Vietnam merupakan perlawanan wajib menang bagi skuad negara untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama-sama Thailand, Vietnam, Jepun dan India, manakala tuan rumah Indonesia dalam Kumpulan A yang turut terdiri Korea Selatan, Myanmar dan Laos. – BERNAMA

Kategori