Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Pertahan Mukhriz Mahathir!

KUALA LUMPUR - Parti DAP berang dengan desakan UMNO Kedah supaya Menteri Besar,...

Sultan Nazrin Rasmi Kompleks...

SERI ISKANDAR — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Kompleks...

Titik Tepat Kedudukan Mangsa...

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa tertimbus runtuhan kuari di...

Woa.. Inilah Angpau Tahun...

PEMBERIAN angpau yang diisi sejumlah wang di dalamnya sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Cina...

Skuasy: Malaysia Jumpa Scotland Di Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Malaysia mara suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) 2017 selepas menewaskan Austria 3-0 dalam perlawanan akhir Kumpulan H di Marseille, Perancis,lewat Rabu (awal Khamis).

Bekas juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan menyumbang mata pertama dengan menewaskan Aqeel Rahman; 8-11, 11-8, 9-11, 11-3 dan 11-4 pada perlawanan di gelanggang kaca di Salle Vallier Sports Hall.

Bekas juara remaja dunia, Ng Eain Yow, turut mendahului permainan dengan mengalahkan Jakob Dirnberger; 11-7, 11-6, 7-11 dan 11-7 sebelum Mohd Addeen Idrakie Muhd Bahtiar mengesahkan kemenangan pasukan negara apabila menundukkan Lukas Windischberger 11-7,11-2 dan 11-7.

Pengurus pasukan, Mejar (B) S. Maniam memuji anak buahnya kerana memberikan persembahan yang menarik, namun mengingatkan mereka agar tidak mengambil mudah pasukan Kumpulan G, Scotland dalam perlawanan suka akhir, lewat Khamis.


“Pada peringkat ini, semua pasukan menunjukkan persembahan yang baik. Pemain Scotland bermain dengan bersungguh-sungguh dan agresif dan bakal memberikan saingan sengit kepada pasukan kami. Ia akan menjadi satu pertembungan yang menarik,” katanya seperti dipetik WSF, melalui laman web www.worldsquash.org. – BERNAMA

Kategori