SOP Bencana Cuma Perlu Ditambah Baik – Shahidan

KUALA PERLIS – Prosedur Operasi Standard (SOP) bencana yang diguna pakai hanya perlu ditambah baik dan tidak perlu dirombak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata antara aspek yang perlu ditambah baik adalah kelengkapan peralatan dan penyelarasan ketika menghadapi bencana yang berlaku secara mengejut dan serentak.

“Perkara penting adalah barisan hadapan yang diketuai Pegawai Daerah mesti sentiasa bersiap siaga. Kelekaan barisan ini boleh melumpuhkan operasi.

“Setiap urusan bencana tidak boleh dibebankan pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana MKN bertindak sebagai sekretariat sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertubuhan Gerakan Bencana Malaysia (PGBM) di sini, hari ini.

Shahidan selaku pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata mulai sekarang latihan simulasi bencana agensi-agensi kerajaan hendaklah dilaksanakan secara bersepadu dengan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Beliau memberi contoh barisan hadapan di Kelantan terperangkap seolah-olah tidak bersedia selain tiada peralatan khususnya bot yang mencukupi apabila banjir melanda serentak beberapa daerah di negeri itu tahun lepas.

“Perkara sebegini yang perlu ditambah baik. Antara tindakan kami ialah menyediakan bot-bot kecil untuk memuat enam orang diperbuat daripada gentian kaca serta enjin berharga kira-kira RM8,000. Bot ini telah ditempah dan akan diagihkan kepada negeri-negeri yang kerap dilanda banjir,” katanya.

Tentang PGBM, Shahidan yang juga penasihat pertubuhan itu berharap PGBM yang ditubuhkan pada 30 Mac lepas dan mempunyai 1,500 anggota di Kedah, Perlis, Selangor, Johor dan Kelantan dapat bergerak secara aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=odABUKJpFos

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...