Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Denggi: TPM Pengerusi Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat...

Grab, Palang Merah Jalin...

KUALA LUMPUR - Grab bersama Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah...

M’sia, Arab Saudi Meterai...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Arab Saudi hari ini memeterai beberapa perjanjian utama di...

Jabatan Pendidikan Sabah Senaraikan...

KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Sabah akan menyenaraikan sekolah-sekolah daif yang memerlukan penyelenggaraan...

Stesen TNB Antara Terbesar Di Malaysia Alami Gangguan

LUMUT – Pengguna di beberapa kawasan dilaporkan mengalami gangguan bekalan tenaga susulan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Aziz Shah (SJSAS) di sini menghadapi masalah penghantaran kuasa elektrik.

Difahamkan menurut sumber, salah satu turbin SJSAS yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan teknologi arang batu di Lekir, Manjung di sini dilaporkan mengalami masalah teknikal.

Bagaimanapun, mujur hanya beberapa kawasan sahaja yang dikesan mengalami gangguan serius bekalan kuasa kerana sistem penjanaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia mengguna pakai ‘sistem gegelang’.

Ini bermakna setiap stesen janakuasa di negara ini berhubungan antara satu sama lain cukup untuk berkongsi menghasilkan tenaga malah membantu jika ada mana-mana stesen yang mengalami masalah bekalan.

Kawasan SJSAS seluas 325 hektar yang dibangunkan di atas sebuah pulau tebus guna dan memiliki satu cerobong tunggal setinggi 200 meter tersebut merupakan kawasan larangan yang dikawal rapi sepanjang masa .

SJSAS juga mampu menghantar sehingga 2,100 MW kuasa dari tiga penjana utama 700 MW dan ia direka untuk beroperasi dalam had perlepasan pencemaran alam sekitar ketat yang ditetapkan oleh Bank Dunia.


Stesen milik TNB Janamanjung Sdn. Bhd., anak syarikat Tenaga Nasional Berhad merupakan antara terbesar di Malaysia dan menyumbang 23 peratus bekalan elektrik negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori