Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wartawan Sinar Harian Maut...

SHAH ALAM - Seorang wartawan akhbar Sinar Harian maut, setelah motosikal ditunggangnya terbabit...

Bas Muafakat Johor Bakal...

ISKANDAR PUTERI - Sebahagian daripada hasil bayaran caj jalan raya (RC) yang dikenakan...

20 Syarikat Pelancongan Lulus...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) telah meluluskan 20 syarikat pelancongan tempatan...

Pengumuman Agihan Dividen TH...

KUALA LUMPUR : Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi...

Sultan Johor Mahu Reka Bentuk HSA Dikekalkan

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu bangunan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikembalikan kepada reka bentuk asal pada masa hadapan.

Baginda bertitah bangunan hospital itu merupakan sebuah bangunan warisan di Johor yang mempunyai banyak sejarahnya di negeri itu tetapi malangnya rupa bentuk bangunan telah banyak diubah suai dan penambahan dilakukan.

“Saya berharap bangunan ini akan dikembalikan kepada reka bentuk asal pada masa akan datang,” titah baginda kepada kira-kira 3,000 rakyat yang menghadiri Majlis Himpunan Bangsa Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini.

Justeru, baginda mahu kerajaan membina sebuiah hospital baharu yang lebih baik untuk memberikan perkhidmatan rawatan yang sempurna kepada rakyat.

Baginda turut merakamkan rasa dukacita dengan kebakaran yang meragut enam nyawa di HSA pada 25 Okt lepas.

Meskipun dukacita dengan tragedi itu, baginda melahirkan rasa bangga kerana mempunyai rakyat yang bersatu dan berhati mulia.


“Banyak pihak telah tampil memberikan bantuan tenaga, makanan dan kemudahan untuk membantu mangsa yang terlibat,” titah baginda yang turut memuji kerajaan Singapura yang menawarkan kemudahan hospital dan wad kepada pesakit yang memerlukan.

“Inilah semangat kerjasama dan bantu-membantu yang mesti kita pertahankan, bukan sahaja ketika waktu susah, malah ketika senang juga kita mesti bersatu,” titah Sultan Ibrahim.

Dalam kebakaran itu, enam pesakit terkorban apabila kebakaran tercetus di Unit Rawatan Rapi, Tingkat 2, hospital berkenaan.

Seorang pesakit dan tiga kakitangan HSA bagaimanapun berjaya diselamatkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori