Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Ada Duit Boleh Lari,...

MELAKA -- “Ada duit boleh lari, tiada duit tunggu mati saja,” demikian kata...

Jumlah Korban Banjir Kerala...

KOCHI - Jumlah kematian daripada banjir besar di negeri Kerala, selatan India meningkat...

Lawatan IGP Ke Turki...

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan laporan sebuah portal berita antarabangsa...

KKM Lancar Penggunaan Teknologi...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif penggunaan teknologi kamera badan dalam tugas-tugas...

Sultan Nazrin Rasmi Kolej Perikanan Malaysia Lumut

SITIAWAN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML) di Kampung Acheh di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pegawai kerajaan dan exco kerajaan negeri.

Semasa merasmikan, Sultan Nazrin berkenan menamakan KPML kepada Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

Sementara itu, Ahmad Shabery dalam ucapannya berkata penubuhan KPML mampu menjadi aspirasi dalam memodenkan dan mentransformasi industri perikanan melalui model latihan dan pembangunan modan insan mahir.

Jelasnya KPML tersebut yang mampu menampung seramai 500 pelatih dalam satu-satu masa bakal melahirkan 2000 graduan mahir menjelang 2020.

Ahmad Shabery berkata KPML juga mampu melahirkan tenaga kerja terutama dalam kalangan belia sekali gus mengatasi isu kekurangan tenaga kerja tempatan yang mahir serta kebergantungan terhadap pekerja asing.

“Kolej ini menyediakan peluang latihan kemahiran dalam bidang akuakultur, pembenihan ikan dan udang, perikanan tangkapan, kejuruteraan laut dan vesel penangkapan ikan serta pemprosesan produk perikanan kepada warga tempatan,” katanya.


KPML siap dibina pada 1 April tahun lalu dan telah menerima kemasukan pelajar pada 1 Julai, tahun yang sama dengan menawarkan dua bidang iaitu Teknologi Perikanan Tangkapan dan Akuakultur Marin yang dibahagikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehingga empat tahap.

Dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan kos 69.8 juta di atas tanah seluas 4.8 hektar, ia memiliki kemudahan lengkap bangunan pentadbiran dan akademik termasuk asrama, dewan dan surau.

Penubuhannya adalah bagi melahirkan lulusan dalam bidang perikanan sebagai pekerja berkemahiran dan keusahawanan selain melatih tenaga kerja sedia ada bagi mempertingkat kemahiran dan kompetensi dalam sektor perikanan.

KPML adalah di bawah kawal selia Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) yang bernaung terus MOA, menawarkan pengajian percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250 untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) manakala elaun bagi latihan industri adalah RM300 sebulan. – BERNAMA

Kategori