Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

TH Sediakan 600 Petugas...

MADINAH - Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah...

Surat Tuntutan Pemulangan Wang...

SHAH ALAM - Lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul...

Gempa Sabah: Mayat...

KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) Singapura hari ini mengumumkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah...

Kinrara Oval Mesti Balik...

KUALA LUMPUR – Kinrara Oval perlu dikembalikan kepada Perumahan Kinrara Berhad (PKB) selepas...

Suspek Kes Bunuh Kakitangan JPJ Kelantan Direman

KUALA TERENGGANU – Suspek kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) Ahad lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dilakukan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahad lalu mangsa Mohd Shukri Husin, 34, maut dipercayai ditikam sebanyak enam kali oleh suspek, yang juga bakal adik iparnya.

Suspek kemudian berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan dibantu rakannya menggunakan kenderan jenis Honda.

Pada hari yang sama, pada 4.30 petang polis menahan rakan subahatnya itu serta bapa saudaranya pada 4.45 petang bagi siasatan lanjut.


Semalam polis berjaya memberkas suspek kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan Jalan Jeram, Kampung Petai Bubus, Manir, di sini.

Suspek yang berasal dari Manir itu ditangkap di tepi jalan dalam keadaan lemah dan kelaparan selepas empat hari menyembunyikan diri daripada pihak polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori