Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

Malam Ambang 100 Hari...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini...

Aamir Khan Pertahan Orang...

SEKARANG ini imej orang Islam dipandang serong sesetengah masyarakat dunia berikutan tindakan pengganas...

Tak Perlu Mesyuarat Khusus...

PUTRAJAYA - Tiada sebab untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) khusus...

Empangan Timah Tasoh Dipantau...

PADANG BESAR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis membuat pemantauan berterusan pada...

Taktik Sembunyi Peralatan Hisap Dadah Terbongkar

SITIAWAN – Taktik seorang lelaki menyembunyikan peralatan menghisap dadah di dalam kopiah yang dipakainya berjaya dihidu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila dia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Lekir di sini.

Pegawai AADK Manjung, Sharudin Abdul Salam berkata lelaki berumur 28 tahun itu turut memberi alasan mahu ke masjid bagi mengelak daripada diperiksa sebelum dia ditahan kira-kira pukul 2 petang Selasa.

“Lelaki tersebut telah dua tahun terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dia bekerja kampung dan memberi alasan mahu menunaikan solat Zuhur di masjid bagi mengelak daripada ditahan.

“Dia menyimpan peralatan seperti gunting dan botol kecil yang sudah diubahsuai untuk untuk menghisap dadah di dalam kopiah yang dipakainya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sharudin berkata hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh individu lain berusia antara 18 hingga 37 tahun disyaki penagih dadah di lapan lokasi berasingan di Lekir, Sitiawan dan Pantai Remis.


“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Sharudin, operasi itu membabitkan tujuh anggota yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 4 petang dan serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya. – BERNAMA

Kategori