Penghujung bulan Oktober merupakan masa untuk perayaan Holloween, maka suasana berubah secara total kerana kebanyakan masyarakat mengenakan pelbagai kostum menarik bagi meraikannya.
Mengambil kesempatan tersebut, seorang pencuri yang memakai kostum Teletubbies kuning memecah masuk rumah seorang temannya. Namun peliknya, dia berbuat demikian hanya untuk mencuri makanan!
Menurut portal Huffington Post, kes ini berlaku di Penslyvania apabila polis menangkap seorang lelaki kerana dipercayai melakukan jenayah berkenaan lalu mencuri hidangan makanan Cina di dalam peti sejuk.
Walau bagaimanapun, pemilik rumah tersebut menolak untuk mendakwa lelaki tersebut atas tuduhan memecah masuk rumah.
Kes kecurian dan pecah rumah sering dilaporkan setiap kali tiba musim perayaan Holloween kerana kebanyakan individu menggunakan kostum dan parti sebagai kelebihan buat mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR