Thursday, September 12, 2024

Creating liberating content

Video: Serena Williams Kejar...

NAMPAK gayanya, seorang lelaki yang mencuba untuk mencuri telefon bimbit seorang wanita di...

Tragedi Christchurch: Tarrant Berdepan...

WELLINGTON - Pengganas yang menembak mati 51 orang Islam dalam serangan berdarah ke...

Penyokong Kelantan Tolak Hujah...

KUALA LUMPUR - Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah pengurusan kelab...

Wan Kuzain Jadi Pemain...

PEMAIN yang dikenali sebagai ā€˜Messi Amerikaā€™ suatu masa dahulu, Wan Kuzain Wan Kamal...

Tiada Kes Penyakit Anjing Gila Tahun Ini Di Kedah – Exco

ALOR SETAR – Tiada kes penyakit Rabies (anjing gila) dikesan di negeri ini tahun ini walaupun Kedah pernah diwartakan sebagai kawasan wabak penyakit itu tahun lalu, sidang Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Exco Pertanian dan Asas Tani Datuk Suraya Yaacob berkata bagi tahun ini, 2,479 pemvaksinan anjing dan 80 kawalan anjing liar dilakukan mengikut Seksyen 38 hingga 42 Akta Binatang 1953 (Semakan 2013).

“Pemantauan kes gigitan anjing dilaporkan melibatkan pemerhatian tanda-tanda klinikal penyakit Rabies.

“Anjing berkenaan dikuarantin selama 14 hari dan jika menunjukkan tanda penyakit Rabies atau mati sewaktu tempoh kuarantin akan dibuat ujian makmal bagi mengesan penyakit Rabies,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Robert Ling Kui Ee (PKR-Sidam) yang ingin tahu senarai kes anjing gila mengikut daerah tahun ini dan bentuk pengawalan terhadap penyakit berkenaan.


Bagi pencegahan penyakit Rabies, katanya, pemvaksinan kepada anjing berusia tiga bulan dijalankan di lapan daerah penampan antaranya di Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar, Baling, Sik, dan Langkawi seperti dalam Warta Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Kedah Darul Aman) 2016.

“Terdapat 17 kes positif daripada survelan pada anjing liar semasa wabak berlaku, iaitu 13 kes positif di Kubang Pasu dan empat kes positif di Kota Setar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori