Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda MIC Tekad Perkasa...

KUALA LUMPUR - Memperkasakan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup golongan belia kaum India...

STAFOC, STAGG Tak Diwujudkan...

IPOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang mewujudkan semula Pasukan Petugas Khas...

Pelajar IPTA Dijel, Disebat...

SEPANG - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Selangor dijatuhi hukuman...

Bayi 4 Tangan 4...

NEW DELHI — Seorang bayi lelaki di India yang lahir tidak normal, dengan empat...

Tiada Maklumat Terkini Kes Leptospirosis

IPOH – Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa berhubung sebarang perkembangan kes jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus yang berlaku di Tanah Merah, Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata setakat ini belum ada sebarang perkembangan terkini mengenai kes itu.

“Ketika ini belum ada apa-apa perkembangan baru, jika ada kita akan keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Buntong di sini hari ini.

Sabtu lepas, Dr Subramaniam mengesahkan tiga individu di Kelantan mengalami jangkitan kencing tikus yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir di Tanah Merah, baru-baru ini.

Menurut Dr Subramaniam, ketiga-tiga individu berkenaan adalah antara enam orang yang dimasukkan ke wad Hospital Tanah Merah (HTM) selepas dipercayai menghidap ‘virus misteri’ setelah berkunjung ke majlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor.


Akhbar sebelum ini melaporkan 40 individu dikuarantin di HTM kerana disyaki diserang virus misteri selepas berkunjung ke Kajang.

Serangan itu turut menyebabkan seorang daripada mereka yang berusia 59 tahun meninggal dunia, namun setakat ini punca kematiannya masih disiasat disebabkan mangsa mempunyai sejarah penyakit lain. – BERNAMA

Kategori