Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

Akhirnya 146 Penduduk Kempas...

HASRAT 146 penduduk dari empat kampung di sini memiliki geran tanah sendiri akhirnya...

Perempuan Simpanan Langgar Isteri...

SERING kali kita mendengar cerita mengenai si isteri menyerang perempuan simpanan suaminya. Namun sebaliknya...

Move On Lah: Tutup...

MENGIKUTI kisah hot Shahir dan Mona Shamimi - ia terasa melucukan. Rasa macam...

Taiwan Mahu Denda Ibu...

TAIPEI – Ketika masyarakat di Malaysia kecoh dengan cadangan menjadikan tindakan ibu bapa...

Tiada Talian Hayat, Pemain Muda Perlu Bangkit

SEPANG – Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek mengakui ketiadaan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 memberi tamparan hebat kepada prestasi badminton negara.

Skuad badminton negara yang beraksi pada Sukan Asia kali ini pulang dengan tangan kosong walaupun dibarisi beberapa finalis Sukan Olimpik 2016.

Misbun berkata semua pemain terutama barisan pemain muda perseorangan lelaki perlu mengambil iktibar dengan prestasi mereka di Jakarta, baru-baru ini.

“Pada awalnya, kita rasa ada talian hayat. Tetapi sekarang talian hayat tidak boleh dipakai, kita perlu ambil iktibar sebagaimana pemain remaja Indonesia yang beberapa tahun lalu berada di bawah kini menjadi juara Sukan Asia.

“Saya berharap peminat dan pihak tertentu bersabar dan saya akan sentiasa bekerja keras dan mempersiapkan mereka (pemain muda) ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, di sini hari ini.

Meskipun prestasi pemain perseorangan negara mengecewakan, Misbun menyifatkan mempertaruhkan pemain muda beraksi pada temasya sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik itu adalah tindakan tepat.

Beliau berkata pasukan badminton perlu berani dalam melakukan perubahan terutama memberi pendedahan seperti di Sukan Asia kerana ia akan mematangkan barisan pemain muda.


“Apa saya lakukan adalah memberi pendedahan kepada pemain muda, ini masanya kita harus buat secara berani kerana pada suatu masa nanti Datuk Lee Chong Wei akan bersara.

“Hanya ini dapat mereka (pemain muda) berikan di Sukan Asia. Saya berharap dari semasa ke semasa mereka lebih berani menghadapi temasya sukan peringkat tertinggi seperti Sukan Asia,” katanya.

Dalam pada itu, Misbun menegaskan tiada jalan pintas untuk berjaya dan menyifatkan pemain perseorangan lelaki negara dalam proses peralihan yang memerlukan masa untuk kembali kuat di peringkat Asia.

“Kita harus mengikut satu demi satu, tidak perlu beri tekanan tinggi kepada mereka, jika mereka naik cepat mereka akan turun cepat. Paling penting membentuk mereka menjadi pemain kompetitif dan konsisten,” katanya. – BERNAMA

Kategori