Timbalan MB Kelantan Akui Beli Range Rover RM200 Ribu

SETELAH tersebarnya khabar angin di laman sosial dan Whatsapp minggu lalu bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memiliki kenderaan mewah jenis Range Rover, akhirnya empunya diri mula berani membuka mulut tentang cerita itu.

Melalui laporan lidah rasmi PAS, Harakah Daily, Adun Panchor tersebut mengakui memiliki kenderaan tersebut, namun dibeli pada harga di bawah pasaran kerana ia merupakan kereta terpakai (second hand).

Sekadar gambar hiasan. Salah satu model Range Rover
Sekadar gambar hiasan. Salah satu model Range Rover

Memetik kenyataan Mohd. Amar dari portal tersebut, “Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baru sekitar RM300,000.”

Sementara itu, satu lagi tuduhan menjadi topik perbincangan ramai apabila ada segelintir menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membina lima buah rumah bernilai RM2 juta untuk anaknya yang mana setiap satunya bernilai kira-kira RM400,000.

Walau bagaimanapun, dalam kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Asri Mat Daud, individu berkenaan menafikan tuduhan itu.

Ujarnya, “Dakwaan tersebut tidak berasas memandangkan rumah anak Menteri Besar dibina sendiri oleh mereka melalui skim pinjaman perumahan.

“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut serta tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta.”


Mohd. Asri memaklumkan, Ahmad Yaakob meneruskan legasi kesederhanaan yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini.

“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi Menteri Besar. Beliau memulangkan kembali kepada kerajaan negeri elaun yng sepatut diperolehnya.

“Diharap penulis posting tersebut memohon maaf secara terbuka di atas dakwaan yang tidak berasas dan menimbulkan fitnah itu.” – MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Mohd. Amar Berkaitan Pelaksanaan Hudud Di Kelantan

https://www.youtube.com/watch?v=P2Nx4IR5Seg

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...