Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seorang Wanita Antara Tiga...

TAIPING - Polis menumpaskan kumpulan Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang...

3 Lagi Suspek SPRM...

KOTA KINABALU - Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Boleh Tunai Umrah Dalam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini dijangka menerima berita gembira berkaitan...

Bekas Jurutera JKR Kulai...

JOHOR BAHRU - Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulai didakwa di...

Timbang Semula Penutupan Pusat Permata Batu Pahat

BATU PAHAT – Sebuah persatuan ibu bapa dan pendidik (PIBP) hari ini meminta kerajaan menimbang semula hasrat untuk menutup Pusat Anak Permata Negara Batu Pahat (PAPN) di sini kerana khuatir ia mengganggu proses pembelajaran anak-anak.

Pengerusi persatuan tersebut, Mohd Aris Mohyi, 32, berkata sekalipun hasrat itu perlu diteruskan, kerajaan seharusnya mencari satu tapak baharu bagi menempatkan semula PAPN itu.

“Setakat ini, terdapat 33 anak-anak sedang mengikuti pembelajaran di sini dan kita bimbang apabila ia ditutup, pembelajaran akan terganggu.

“Selain itu, bukan mudah untuk mereka menyesuaikan diri apabila dimasukkan ke sekolah baharu, apatah lagi dengan yuran yang mahal, kita tidak akan mampu membayar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demontrasi bantahan secara aman di sini, hari ini.

Mohd Aris berkata ramai daripada kanak-kanak terbabit sudah biasa dengan pendekatan pembelajaran di PAPN sehingga memperlihatkan perubahan ketara dalam aspek kecerdikan dan penjagaan diri.

“Ia memberikan kesan positif, jadi mengapa ia perlu ditutup?,” soalnya.

Arzizul Ab Rahman, 34, pula berkata notis penutupan pusat itu diajukan kepada PIBP pada 20 Feb lalu. Ia menyatakan PAPN terpaksa ditutup kerana disahkan tidak selamat berikutan bangunannya sudah uzur dan tidak ekonomik untuk diperbaiki dan diselenggara.

Berikutan itu, Permata, katanya, telah menyarankan ibu bapa agar membuat perancangan awal untuk mengenal pasti penempatan baru bagi anak-anak meneruskan pembelajaran awal mereka.


“Kami faham alasan mereka (Permata), namun kami telah mencadangkan agar disediakan pula satu tapak baharu bagi PAPN ini, sama ada di Jalan Kluang, Jalan Pantai dan Jalan Kenangan di sini supaya tidak ramai yang terjejas,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri Datuk Shaidatu Akhma Hassan dalam satu surat bertarikh 28 Mac kepada persatuan terbabit berkata pihaknya telah memaklumkan penutupan itu kepada kerajaan negeri.

Ia juga memohon kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti mana-mana premis kerajaan yang boleh dijadikan sebagai PAPN Batu Pahat yang baharu.

“Permata tidak mempunyai kuasa untuk mengambil alih mana-mana premis tanpa kelulusan rasmi kerajaan negeri kerana ia tertakluk sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya kerajaan negeri bersetuju memberikan premis, Permata juga perlu menjalankan kerja pengubahsuaian dan menaik taraf dan ini dijangka mengambil masa lama,” katanya. – BERNAMA

Kategori