Tindakan Tegas Ibu Bapa Guna Anak Untuk Mengemis

KUALA LUMPUR – Ibu bapa yang didapati menggunakan anak-anak mereka untuk mengemis akan diambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata ibu bapa tidak sepatutnya menggunakan anak-anak mereka untuk tujuan mengemis.

“Ini amaran, kita akan ambil tindakan terhadap mereka (ibu bapa) kerana mereka tidak boleh guna anak mereka untuk mengemis,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap ibu bapa yang membawa anak ketika mengemis.

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, ibu bapa yang melakukan kesalahan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Menjawab soalan Azeez mengenai sindiket mengemis yang dikatakan berleluasa di seluruh negara, Azizah berkata sehingga kini kementeriannya tidak mempunyai sebarang bukti kukuh terdapat sindiket yang terlibat secara langsung dengan aktiviti mengemis di seluruh negara.

“Bila kita adakan operasi yang berterusan, susah sangat untuk kita mendapatkan bukti ada sindiket terlibat dalam aktiviti ini, mereka amat licik kalau kita nak tangkap,” katanya.

Justeru beliau menyeru mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya tampil membantu kementerian dan agensi berkaitan membanteras masalah itu.


Terdahulu, menjawab soalan Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai), Azizah berkata sebanyak 770 pengemis berjaya diselamatkan melalui 934 operasi menyelamat yang dijalankan kementerian bermula Januari hingga Jun lepas.

Daripada jumlah itu 72 orang ialah kanak-kanak dan tindakan diambil di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, manakala tindakan terhadap pengemis orang dewasa diambil di bawah Akta Orang Papa 1977, katanya.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa menjalankan operasi berjadual, ad-hoc dan bersepadu dengan agensi berkaitan untuk menyelamatkan orang papa,” katanya.

Mohd Hatta meminta penjelasan mengenai tindakan mencegah kegiatan mengemis dan meminta derma di restoran dan kaki lima bank yang semakin menular terutama melibatkan sekolah tahfiz dan madrasah agama.

Azizah berkata kementerian turut mengadakan pemantauan aktiviti pengemisan, menjalankan program kesedaran awam serta menubuhkan Jawatankuasa Bagi Menangani Isu Pengemisan dan Jawatankuasa Kerja Kutipan Derma. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...