Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan PLKS Nelayan Ditangguh...

BAGAN DATUK - Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji...

Status Persembahan Tarian Perlu...

SEBELUM memutuskan untuk menerus atau mengharamkan persembahan tarian pada majlis rasmi, kerajaan Terengganu...

Daftar Pemilih Dengan Berswafoto...

PUTRAJAYA - Urusan pendaftaran pemilih dan permohonan tukar bahagian pilihan raya bagi pemilih...

“Saya Rasa Terkilan Beri...

PEMERGIAN seniman legenda Tan Sri Jins Shamsuddin ke rahmatullah sememangnya merupakan satu kehilangan besar...

Tong Asid Nitrik Bocor Di Plus

BAGAN SERAI – Satu daripada 20 tong asid nitrik yang diangkut sebuah lori dikesan mengalami kebocoran semasa dibawa dari selatan ke Pulau Pinang pagi ini.

Kejadian pada 7.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan sedang melalui KM181 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Bukit Merah Laketown Resort.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil berkata sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.42 pagi ini.

“Apabila sampai di tempat kejadian kami mendapati satu daripada 20 tong asid yang mengandungi 1,000 liter asid nitrik setiap satu, bocor sehingga 68 peratus dan tertumpah di atas jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Abdul Nasir berkata pihaknya terpaksa membuat sekatan jalan untuk membolehkan kerja-kerja mencuci tumpahan dapat dilakukan selain mengelakkan asid terus mengalir.


Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori