Wednesday, November 13, 2024

Creating liberating content

Mengejutkan.. Suami Muflis, Rumah...

RASANYA peminat hiburan cukup mengenali perihal kerjaya suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida...

Penculik Kanak-Kanak Berkeliaran Tidak...

MIRI - Polis Sarawak hari ini menyangkal catatan di Facebook berkenaan amaran polis...

Karya Pelukis Jepun… Mana...

SEORANG pelukis Jepun baru-baru ini berkongsi gambar lukisan 'hiper-realistik' sebiji telur mentah bersebelahan...

60 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap...

Tuanku Muhriz Lawat 3 Rejimen Semboyan Diraja

MELAKA – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan melawat 3 Rejimen Semboyan Diraja di Kem Terendak, Sungai Udang di sini.

Ketibaan baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja dengan diiringi anakanda baginda Tunku Ali Redhauddin di kem itu pada kira-kira 9.30 pagi disambut Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Tuanku Muhriz turut diberi sambutan oleh barisan kawalan kehormat utama daripada 71 Rejimen Semboyan Diraja melibatkan tiga pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Azlizan Mohamad.

Turut hadir Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Ketua Pegawai Semboyan Brigadier Jeneral Datuk Ahmad Hadiatullah Maknun Ridzuan serta pegawai kanan Tentera Darat yang lain.

Kemudiannya baginda diberikan taklimat oleh Pegawai Memerintah 3 Rejimen Semboyan Diraja Leftenan Kolonel Misham Zail Yaacob.

Tuanku Muhriz turut menyaksikan demonstrasi atur gerak Rejimen Semboyan Diraja, pertunjukan tempur tanpa senjata, terjun bebas, pertunjukan pancaragam Wanita Tentera Darat yang baru ditubuhkan pada 1 Mac lepas.


Selain itu, baginda turut menyaksikan keupayaan atur gerak aset Rejimen Semboyan Diraja melibatkan sistem komunikasi taktikal, sistem komunikasi ‘multi channel’, sistem satelit dan pusat komunikasi.

Baginda turut meninjau aset sistem komunikasi yang terdapat dalam kenderaan tempur Pendekar, Gempita dan Adnan pada pameran statik peralatan komunikasi daripada pasukan 10 Skuadron Rejimen Semboyan Diraja Para dan 21 Skuadron Rejimen Semboyan Diraja Grup Gerak Khas.

Sementara itu, Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan bersempena lawatan itu, menyatakan lawatan Tuanku Muhriz memberi nafas baharu kepada seluruh warga rejimen itu dalam menghadapi peperangan alaf baharu.

“Sebagai sebuah Kor dalam di dalam Tentera Darat, Rejimen Semboyan Diraja bertanggungjawab untuk menyediakan serta menyelenggara sistem komunikasi taktikal Tentera Darat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori