Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

FDI Merosot 68% Ekonomi...

1. Kelemahan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara yang sepatutnya sudah memasuki fasa...

Siti Kasim Sahkan Digantung...

PETALING JAYA - Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli...

Kabinet Dijangka Ada 26...

KUALA LUMPUR - Beberapa kenderaan menteri dan hakim dilihat mula memasuki Istana Negara...

PAN Gelar Azmin Badut,...

IBARAT hukum karma, tentu ramai masih ingat bagaimana geng Azmin Ali 'serang' Tan...

‘Tuhan Harun’ 5 Pengikut Diarah Bela Diri

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat dan lima pengikutnya untuk membela diri atas tuduhan berkonspirasi membunuh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap semua tertuduh selepas meneliti keterangan 54 saksi pendakwaan.

Beliau menetapkan 25 hingga 27 Julai, serta 8 hingga 12 dan 22 hingga 26 Ogos untuk mendengar keterangan pembelaan.

Harun, 50, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan tiga pengikut iaitu Jefferi Safar, 39, Sumustapha Suradi, 41, serta Shamsinar Abdul Halim, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas, dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju membunuh Ahmad Raffli Abd Malek.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini, pada 1.50 petang, 10 Nov 2013. 

Sumustapha dan Shaminar turut menghadapi tuduhan membunuh Ahmad Raffli, yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 dan 120B (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata mahkamah menerima keterangan isteri dan anak mangsa yang melihat Sumustapha selaku tertuduh pertama yang datang dan menembak mangsa, manakala Shamsinar (tertuduh kelima) adalah orang di dalam kereta semasa kejadian.

“Keterangan terhadap Azida (tertuduh kedua) menunjukkan beliau sentiasa berada bersama Harun (tertuduh ketiga) semasa membuat rancangan itu, diikuti beberapa pertemuan di hotel termasuk selepas kejadian, menunjukkan beliau sepakat dalam jenayah ini.

“Motif Harun pula jelas untuk melenyapkan pegawai JAIP kerana beliau mendakwa (pegawai JAIP itu) tidak melakukan tugas dengan adil dan peranan Shaizral Eddie (tertuduh keempat) bermula apabila dia dihubungi dan diberikan arahan selain menyertai perbincangan sasaran dan cara mana untuk melaksanakan arahan.


“Keterangan saksi juga menunjukkan Jefferi (tertuduh keenam) hadir di hotel semasa arahan untuk melenyapkan mangsa dan taklimat rahsia pada malam sebelum kejadian,” katanya.

Harun yang duduk di kerusi roda ekoran lumpuh akibat serangan angin ahmar tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa penghakiman dibacakan, manakala tertuduh lain kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh.

Pada prosiding itu, peguam Hermes Putra Media Ibrahim yang mewakili kesemua tertuduh memaklumkan pihaknya akan memanggil 16 saksi pembelaan termasuk semua tertuduh yang akan memberi keterangan secara bersumpah.

Kenyataan itu menyebabkan Ab Karim bertanya bagaimana Harun dapat berbuat demikian memandangkan tertuduh tidak boleh bercakap dan bergerak, menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh mencadangkan penggunaan bahasa tubuh.

“Untuk makluman, tertuduh pernah dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur dan tertuduh semasa itu menggunakan gerakan tangan, bagaimanapun dengan keadaan tertuduh sekarang, saya mencadangkan penggunaan isyarat mata,” katanya.

Ab Karim seterusnya mengarahkan pihak pendakwaan meminta doktor dan pegawai perubatan yang merawat Harun untuk hadir ke mahkamah pada prosiding akan datang memandangkan mereka sering berada bersama dan boleh membantu memahami gerak tubuh tertuduh.

Ab Karim juga menasihatkan Hermes Putra Media untuk mencari jalan terbaik bagi membantu Harun membela diri atas tuduhan itu, selepas peguam itu memberitahu bahawa beliau memerlukan masa ‘berbulan-bulan’ untuk mendapatkan keterangan anak guamnya walaupun hanya untuk satu soalan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori