Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

“Konflik Dengan Hamas Bahayakan...

PERKEMBANGAN serantau di Palestin melibatkan Hamas kini menjadikan Israel terancam sekiranya berlaku sebarang...

Lebih 70 Peratus Rangkaian...

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah memulihkan lebih daripada 70 peratus rangkaian di...

Kayuh Basikal Cari Rezeki...

IPOH - Lelaki ini cekal mengayuh basikal hampir setiap hari untuk menjual pelbagai...

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan...

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai...

UMNO Kota Belud Ikrar Taat Setia, Sokong Kepimpinan Najib

KOTA BELUD – UMNO Bahagian Kota Belud mengikrarkan taat setia dan sokongan padu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Musbah Jamli berkata ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian itu di sini hari ini, yang dipengerusikannya mewakili Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“UMNO Kota Belud melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah-bahagi dan menyokong penuh kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang sah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu, yang bercakap mewakili Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata UMNO Bahagian Kota Belud juga sentiasa berpendirian tegas bahawa kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pandangan perlu dihormati dan dianggap sebagai elemen penting dalam amalan demokrasi UMNO yang bertunjangkan dasar inklusif dan keterbukaan.

“Namun, UMNO Kota Belud berpendirian bahawa keterbukaan itu perlu tertakluk kepada adab, etika dan disiplin parti terutamanya apabila melibatkan pemimpin tertinggi,” tegasnya.

Sehubungan itu, Musbah berkata UMNO Kota Belud merasa kesal, tersinggung dan terhina dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri yang telah dipilih secara sah.


“Persekongkolan itu adalah satu tindakan yang secara jelas melanggar prinsip dan asas perjuangan bangsa Melayu dan UMNO, serta tidak menghormati perjuangan pemimpin terdahulu sejak UMNO ditubuhkan pada 1946,” katanya.

Katanya UMNO Kota Belud juga berpendirian bahawa tindakan untuk menjatuhkan perdana menteri dan presiden parti yang tidak mengikut proses pilihan raya serta pemilihan parti adalah tidak demokratik dan menghina amalan demokrasi yang telah lama dilaksanakan di negara ini.

“Oleh itu, UMNO Kota Belud telah membuat ketetapan mengesyorkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Barisan Nasional untuk merujukkan Muhyiddin dan Mukhriz ke Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti untuk diambil tindakan tegas.

“Selain itu kami (UMNO Kota Belud) mengesyorkan agar jawatan dan keistimewaan yang disandang Dr Mahathir dalam Petronas, Proton, dan Yayasan Kepimpinan Perdana ditarik balik serta memulakan proses memutihkan keahlian mana-mana ahli UMNO yang turut terlibat dalam gerakan menjatuhkan presiden parti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori