Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perang Dengan Hafidz, Nelydia...

SEBELUM ini, pelakon Uqasha Senrose berdepan dengan kritikan dan hentaman yang teruk dari...

Agong Berkenan Terima Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Caj Wad Kelas 1,...

KUALA LUMPUR - Caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua akan...

Mayat Dalam But Kereta:...

Shah Alam : Polis menahan tujuh lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung penemuan...

UMNO Teruskan Program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’

DUNGUN – Program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’ anjuran Biro Kebajikan UMNO sudah pun dilaksanakan di 40 kawasan Parlimen dengan yang terbaharu di Parlimen Dungun, kata pengerusi biro itu, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata program itu, yang merangkumi 70 kawasan Parlimen terpilih di seluruh negara, menyasarkan bantuan diberikan kepada warga tua, ibu tunggal, mereka yang berpendapatan rendah serta mangsa banjir.

“Bantuan yang diberikan ini bukanlah bermusim…ia diberikan sejak tahun lepas lagi. Insya-Allah dalam masa dua minggu lagi, kami akan ke Sabah bagi menyelesaikan baki 30 kawasan Parlimen lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan program itu kepada kira-kira 100 mangsa banjir di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Roslee Daud.

Shamsul Anuar berkata kerajaan Barisana Nasional dan UMNO sangat komited dalam menjaga kebajikan rakyat kerana ia merupakan agenda utama parti berkenaan untuk memastikan kehidupan rakyat selesa di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Menerusi program sebegini, ia diharap dapat meningkatkan keyakinan dan kesedaran rakyat bahawa UMNO dan BN adalah pelopor kepada menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira peringkat umur, agama mahu pun ideologi politik,” katanya. – BERNAMA

Kategori