Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Keluarga Adib Kesal Kenyataan...

SHAH ALAM - Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kesal dengan kenyataan Ketua...

Qari Iran, Qariah Indonesia...

KUALA LUMPUR - Qari dari Iran, Mohsen Hassani Kargar dan Qariah dari Indonesia,...

298 Jemaah Kumpulan Pertama...

Sepang : Selepas dua tahun ibadah haji tertangguh akibat pandemik Covid-19, seramai 298...

Diminta Pasang CCTV Dalam...

KUBANG PASU - Semua pemilik premis terutamanya bank, institusi kewangan, kedai emas dan...

UPM Reka Perabot Berbentuk Kuih Tradisional

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) Universiti Putra Malaysia (UPM) menzahirkan idea kreatif mereka dengan membina perabot berbentuk kuih.

Antara perabot terbabit adalah kerusi, meja sisi dan lampu berbentuk karipap, kek lapis, kueh nona, bahulu, kueh peneram dan roti jala.

Pensyarah dan penyelidik dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian FRSB UPM, Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman berkata, produk terbabit dipamerkan di Export Furniture Exhibition (EFE) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

“Kuih menjadi motif reka bentuk kami kerana ia boleh menjadi ikon atau identiti Melayu dan Malaysia.

“Kita kaya dengan budaya dan kita mempunyai pelbagai jenis kuih, ia boleh diketengahkan melalui reka bentuk perabot bagi membezakan identiti perabot kita dengan perabot masyarakat atau negara lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Aidil Azlin yang menghasilkan kerusi “Karipap Ottoman” berkata, kusyen kerusi itu diperbuat daripada fabrik jenis velvet yang lembut bagi mewujudkan keselesaan dan sesuai diletakkkan di ruang istirahat atau lounge.

Ketua Jabatan Reka Bentuk Perindustrian FRSB UPM, Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari pula mereka bentuk kerusi “Nona Manis” yang diperbuat daripada kayu Nyatuh dan ‘felt wool blend’.

Pelajar FRSB, Nursyazana Osman pula menghasilkan meja sisi “Lapees” yang mempunyai laci mengambil konsep Kek Lapis yang terkenal di Sarawak. Ia diperbuat daripada papan lapis, kayu getah dan zebra veneer.


“Saya mengambil konsep Kek Lapis, dan mengubahsuai konsep itu untuk menjadikan bentuk meja yang bulat,” katanya.

Pelajar Pengajian Rekabentuk dan Perindustrian, Ezran Zainal menghasilkan “Rocking Chair” mengambil konsep jalur kueh Bahulu.

Pensyarah Jabatan Senibina FRSB UPM, Ar. Mohd Azli Mohamad Jamil menerapkan idea empat lubang yang terdapat pada kueh Peneram dalam menghasilkan kerusi “Peneram Azli”.

“Kerusi ini selesa diduduk, tahan lasak dan sesuai diletakkan di ruang rehat rumah atau di hospital. Ia boleh berfungsi tanpa kusyen, manakala kusyennya juga boleh ditukar,” katanya.

Pensyarah kanan Jabatan Senibina Landskap FRSB UPM, Dr. Mohd Yazid Yunos dan pelajar Senibina Lanskap, Mohd Amirul Hussain bergabung menghasilkan lampu gantung “Jala Light” mengambil konsep Roti Jala. – Mynewshub.cc

Kategori