Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Inovasi Penjagaan Kesihatan Penting,...

KUALA LUMPUR - Inovasi dalam penjagaan kesihatan bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia...

Hazard Boleh ‘Kalahkan’ Messi,...

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri memberi cabaran kepada Eden Hazard, dengan menggesa pemainnya mengalahkan...

Awal Sah Pengacara Mentor,...

SELAIN bertanggungjawab menghoskan program Melodi pada setiap tengahari Ahad, Awal Ashaari kini menggalas...

Sam, Syatilla Akhirnya Dedah...

SELEPAS 46 hari dilahirkan, pasangan selebriti terkenal, Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin...

Wanita Antara 9 Ditahan Dalam Ops Samseng Jalanan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) menahan sembilan individu termasuk seorang wanita dalam Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan di sekitar ibu negara awal pagi tadi.

Operasi yang dijalankan oleh lima pegawai dan 25 anggota dari Unit Risikan dan Operasi JSPTKL itu bermula pada jam 11 malam sehingga jam 3 pagi dilakukan di Jalan Raja Laut dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya, berkata semua individu yang ditahan berumur antara 17 hingga 34 tahun.

“Daripada sembilan individu itu, enam lelaki berusia 17 hingga 20 tahun ditahan atas kesalahan menunggang secara berbahaya iaitu berlumba sesama sendiri dan menunggang motosikal secara melawan arus.

“Seorang lelaki berusia 34 tahun pula ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu sementara seorang lelaki dan pembonceng wanitanya, masing-masing berusia 23 dan 20 tahun ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja yang disimpan di dalam kotak rokok.


“Dalam operasi itu, sebanyak 292 saman atas pelbagai jenis kesalahan turut dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 42 dan 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sementara kes dadah disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya. – BH ONLINE

Kategori